“Ada Suami Tak Nak Jaga Badan, Tapi Bila Dah Jadi Macam Ini Baru Nak Kurus” Sera Tak Pernah Ambil Hati

Komen “Ada suami tak nak jaga badan, tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus” Sera tak pernah ambil hati.

Begitulah yang diluahkan oleh isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshafera apabila ada yang memberi komen terhadap dirinya yang kini semakin kurus.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓡𝓸𝓼𝓼𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓪 🌹 (@rossa.sera)

Malah Sera juga akui dirinya bukanlah mahu membuktikan apa-apa dengan penampilan terbarunya namun dek kerana kini dia punya masa untuk diri sendiri.

Paling penting dirinya tidak pernah fikir perkara neg4tif.

Komen “Ada Suami Tak Nak Jaga Badan, Tapi Bila Dah Jadi Macam Ini Baru Nak Kurus”

Pemilik nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshafera seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menyatakan kini berat badannya 49kg.

“Sebelum saya ambil produk Berryfull keluaran Inayah Beauty, berat saya 60kg. Kemudian selepas dua bulan berat saya turun 11kg.

“Jadi sekarang berat saya 49kg. Sekarang ini saya hanya mahu kekalkan berat ini saja.

“Saya turunkan berat badan ini bukanlah sebab makan hati. Kalau nak kata makan hati, perkara itu dah lama jadi mesti saya dah kurus dari dulu lagi,” ujar ibu kepada dua orang anak itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓡𝓸𝓼𝓼𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓪 🌹 (@rossa.sera)

Sebelum Ini Shuk Sahar Suka Makan Malam

“Senang saja nak turunkan berat badan sebab sebelum ini orang itu (Shuk Sahar) suka makan malam dan dia akan ajak saya sekali. Itu yang buatkan sus4h.

“Bila sekarang ini jadi mudah sebab saya pun tak makan banyak. Kalau makan tu, tak ada dah nak tunggu orang. Saya tak makan malam dan akan tidur terus.

“SAYA BUAT INI JUGA UNTUK MEMBERI SEMULA KEYAKINAN KEPADA DIRI TAPI IA BUKANLAH UNTUK MEMBALAS DENDAM.

“Tipulah kalau saya cakap nak kurus ini bukan disebabkan apa yang terjadi sebelum ini, tapi saya juga nak tunjukkan apabila dia dah tak ada saya boleh sebenarnya untuk buat semua ini. Saya boleh saja nak menjadi macam dulu,” katanya.

Tidak Ambil Hati

Sera juga tidak ambil hati dengan komen netizen yang menganggap baru sekarang dia mahu menjaga penampilan selepas apa yang terjadi membabitkan perhubungannya dengan Shuk.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓡𝓸𝓼𝓼𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓪 🌹 (@rossa.sera)

“Kadang-kadang ada ternampak juga komen yang orang kata masa ada suami tak nak jaga badan tapi bila dah jadi macam ini baru nak kurus. Tapi saya memang tak ambil hati pun.

“BAGI SAYA IA LEBIH KEPADA KETENANGAN. BILA KITA TENANG KITA BOLEH KAWAL AKTIVITI SEHARIAN DAN BOLEH ATUR HIDUP KITA APA YANG NAK BUAT. ITU YANG LEBIH PENTING.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓡𝓸𝓼𝓼𝓪 𝓢𝓮𝓻𝓪 🌹 (@rossa.sera)

“Sekarang ini, kalau saya pakai baju apa pun anak saya memang akan cakap saya cantik. Jadi dia tahu perubahan saya,” sambungnya yang kini menjadi wajah Inayah Beauty.

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Sera kuat. 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MW, IG Rossa Serra