BAHAGIA bersulam du.ka
Biarpun meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), masa depan pemuda ini masih suram kerana status kewarganegaraannya.
Muhammad Omar Mohktar Abdul Rahman, 20, berharap proses tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin sekali gus memberi peluang untuknya menyambung pengajian ke universiti awam seperti rakan-rakan yang lain.
Omar meraih keputusan cemerlang dalam STPM.
“Alhamdulillah 18 Ogos 2022 keputusan k3seluruhan bagi STPM sudah diumumkan dan Alhamdulillah atas rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah, saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam k3seluruhan semester iaitu gred purata PNGK 4.0 dan Band 4 bagi subjek Muet.
“Namun, status saya yang masih lagi belum mendapat taraf warganegara di Malaysia dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyebabkan masa depan saya berada dalam keadaan hitam putih dan terawang-awang.
“Tambahan pula, keputusan yang diperoleh masih belum dapat menjamin tempat saya di universiti awam kerana status saya yang masih lagi bukan warganegara. Walaupun sebelum ini sudah ada beberapa pihak cuba membantu, namun proses tersebut masih mengambil masa yang panjang ekoran prosedur di KDN yang amat teliti.
“Saya tidak berniat untuk melangg4r mana-mana prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KDN cuma saya harap status permohonan saya untuk mendapatkan taraf warganegara dipercepatkan memandangkan segala dokumen yang diperlukan telah dihantar dan segala prosedur ditetapkan telah dipatuhi,” ujarnya yang dilahirkan di h0sp1tal Kajang, Selangor.
Ketika dihubungi mStar, Omar yang menetap di Pendang, Kedah bercerita mengenai perjalanan hidupnya yang banyak berubah selepas perpisahan kedua orang tuanya sekitar 20 tahun lalu.
Menurut anak tunggal itu, dia berdepan banyak k3sulitan selepas gag4l mendapatkan kad pengenalan (IC) pada usia 12 tahun gara-gara terdapat k3silapan pada data ibunya yang dik3san oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Salinan sijil lahir Omar.
“Ayah dan mak kenal di Selangor ketika mereka bekerja di sana. Mereka berkahwin dan kemudiannya berpisah masa saya umur setahun. Masa kecil, saya hanya berhubung dengan mak melalui telefon sehinggalah kami terputus hubungan masa umur saya lima tahun.
“Mak berasal dari Sabah. Ketika nak buat kad pengenalan masa umur 12 tahun, JPN kata ada k3silapan pada data mak. Bila tak boleh tahu asal-usul sebenar mak, JPN cuba daftarkan saya di bawah ayah. Tapi ayah tak lahirkan saya. Untuk buktikan status, JPN perlukan sijil nikah tapi ayah g4gal tunjukkan sijil itu sebab mereka pun dah bercer4i.
“Jadi JPN tak dapat daftarkan saya sebagai warganegara. Berkaitan asal-usul mak, JPN kata ada tiga kemungkinan. Pertama, mak bukan warganegara. Kemungkinan kedua mak guna kad pengenalan palsu atau guna kad pengenalan orang lain masa daftar kelahiran saya. JPN cakap kalau nak kata mak orang Sabah sekali pun, ramai orang Sabah tak ada kad pengenalan, pendatang Filipina pun ramai.
Kalau ibu terbaca kisah ini, harap dapat bersatu semula. Saya tahu Malaysia besar, tapi mungkin dia boleh cari saya semula.
MUHAMMAD OMAR MOKHTAR ABDUL RAHMAN
“Selepas g4gal buat kad pengenalan masa umur 12 tahun, JPN sarankan satu langkah atau saluran iaitu daftarkan saya secara pendaftaran anak angkat. Jadi sejak detik itu, untuk daftar peperiksaan sekolah dan apa-apa urusan, saya akan guna dokumen pengenalan anak angkat,” ujar Omar lagi sambil menambah dia mempunyai sijil kelahiran.
Selain cemerlang dalam STPM, Omar juga meraih keputusan 4A, 1B dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), 7A, 2B, 1C dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan 5A, 3B, 2C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurut Omar, dia bercita-cita untuk bergelar sebagai guru atau peguam dan memasang impian menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Omar bercita-cita bergelar guru atau peguam.
Bercerita mengenai pengalaman membesar tanpa seorang ibu, Omar mengakui dia banyak bergantung kasih dengan saudara-mara dan berasa ada ruang kosong dalam hatinya.
“Rasa agak kekurangan dan kehil4ngan bila membesar tanpa mak. Orang lain dapat perhatian mak tapi saya tak ada pengalaman itu. Masa kecil dulu ada juga rasa memberontak, saya tertanya-tanya kenapa saya membesar tanpa ibu? Kenapa jadi macam ni?
“Tapi ibu dan bapa saudara serta arwh atuk dan nenek banyak bagi semangat kepada saya. Mereka kata, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walaupun dah terpvtus hubvngan, saya tetap doakan k3selamatan mak walau di mana dia berada.
Omar berharap dia diterima masuk ke universiti pilihannya.
“Dah 20 tahun. Kalau ibu terbaca kisah ini, harap dapat bersatu semula. Saya tahu Malaysia besar, tapi mungkin dia boleh cari saya semula. Dulu mak pernah datang Pendang, dia tahu alamat,” ujar Omar lagi.
Omar turut berkongsi kisah hidupnya menerusi laman Twitter dan berharap perkongsian itu dapat meraih perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta KDN.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar