Baru Lima Bulan Bergelar Isteri Kepada Pekin, Mona Dedah Ini Keadaan Rumah Tangga Mereka Sekarang

Berita perkahwinan pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen pada 7 Disember lalu mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi majlis pernikahan pasangan itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Perkhabaran itu dapat dihidu media apabila beberapa gambar pasangan itu hangat tersebar di laman sosial sekali gus mengesahkan mereka sudah bernikah.

Sepanjang tiga bulan melayari hidup sebagai suami isteri, baik Mona mahupun Pekin tidak pernah berkongsi perkara itu dengan media sebaliknya memilih memuat naik dan mengesahkan status mereka di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

caption this 😘

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

Mona akhirnya buka mulut…

Pertemuan dengan Mona, 34, atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen membuka ruang untuknya bercerita mengenai perkara itu.

“ Sebenarnya, kami sepakat untuk tidak hebohkan perancangan ini. Bukan apa, bimbang juga kalau tak jadi, lain pula ceritanya. Jadi, kami putuskan untuk beritahu kepada umum apabila sudah selamat bergelar suami isteri.

“ Perhubungan kami sebelum ini bukan satu rahsia. Rakan dan orang sekeliling ramai sudah tahu kami bercinta.

Cuma, kami memilih untuk bersikap ‘low profile’.

“ Kami juga jenis tak berapa suka bercerita hal peribadi. Kami tak ambil kisah orang nak kata apa pun. Malah, apabila gambar pernikahan kami tersebar, tak terasa hati pun. Kami positif saja,” katanya.

Mona yang dikenali menerusi drama Monalisa mengakui bersyukur apabila dihujani doa dan ucapan tahniah daripada peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sapa kata dah kahwin takleh dating2? 🤪😍

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Malah, Mona juga tidak ralat jika masih ada pihak yang bertanya mengenai status perkahwinannya dengan Pekin.

“ Ada juga yang cakap perkahwinan kami agak drastik, sebenarnya tidak. Kami memang sudah lama rancang cuma macam saya sebut tadi, kami tak kongsi dengan orang ramai.

“ Apabila keluar berdua selepas berkahwin, ramai peminat ucap tahniah jika terserempak. Jadi, saya sangat bersyukur. Lebih terharu ada yang mengakui suka melihat kami bersama.

“ Tak dinafikan ada juga peminat di IG yang masih bertanya adakah kami benar-benar sudah berkahwin? Malah, ada yang bertanya adakah ini dalam drama? Saya akan jawab setiap soalan mereka dengan baik,” katanya.

Mona mengakui gembira menjalani kehidupan sebagai suri hati Pekin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Awak ke yg berjaya ubati hati saya yg terluka tu? 😛😍🤪

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

“ Alhamdulillah, sepanjang tiga bulan ini semuanya baik-baik saja.

“ Insya-Allah, sebagai isteri saya akan berusaha membahagiakan Pekin dan rumah tangga kami,” katanya.

Imbas detik perkenalan, rupanya dah lama kenal..

Mengimbas kembali detik percintaan, Mona berkata, mereka berkenalan pada 2000 ketika sama-sama aktif dalam dunia peragaan.

“ Mungkin ramai tak tahu, kami sudah lama berkenalan iaitu sewaktu menjadi model dulu. Malah, pernah sama-sama pergi uji bakat.

“ Apabila berjumpa semula, tak sangka pula boleh bercinta. Semuanya bermula selepas kami terbabit dalam satu projek. Mulanya tak ada apa-apa sebab masing-masing anggap kawan.

“ Namun, inilah yang dikatakan jodoh. Perancangan Allah itu lebih baik. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan dan hubungan kami berjalan lancar,” katanya.

Beralih perihal kerjaya, Mona berkata dia tidak ralat apabila berkahwin ketika namanya menjadi sebutan ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Anyoung haseyo!

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Malah, Mona menganggap aturan hidupnya sebagai rezeki dan yakin peminat sekarang semakin bijak menilai.

“ Dari segi populariti, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Saya tidak rasa nama akan jatuh selepas berkahwin.

“ Alhamdulillah, selepas bergelar isteri rezeki saya tak putus. Bayangkan, sampai tak sempat nak berbulan madu kerana jadual padat hingga pertengahan tahun.

“ Saya bersyukur, peminat menerima baik kehadiran saya dalam dunia lakonan. Lebih seronok apabila orang kenal saya kerana bakat, bukan sebab rupa. Orang suka lakonan saya dan itu sangat bermakna,” katanya.

Lepas kahwin, Pekin izin berlakon tak?

Mona juga bersyukur apabila suami tercinta merestui dia meneruskan kerjaya lakonan selepas berkahwin. Malah, mereka merancang untuk bekerjasama dalam filem.

“ Suami izinikan saya terus berlakon.

Dia sangat menyokong saya malah suka jika kami berkongsi minat yang sama.

“ Insya-Allah, jika dipermudahkan kami akan bekerjasama dalam satu projek filem. Kini, dia dalam proses perancangan filem baru yang membabitkan pelaku seni dari Indonesia. Doakan ada rezeki saya untuk terbabit dalam projek ini.

“ Saya tak ada masalah bekerja dengan suami. Banyak lagi saya nak belajar daripadanya,” kata Mona.

Perkembangan lain, Mona kini muncul dalam drama Dia Menantu Rahsia yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Mona yang melakonkan watak antagonis Tengku Melia mendapat kecaman netizen di laman sosial.

“ Watak itu memang orang benci tetapi saya okey saja. Kalau orang benci maksudnya penyampaian saya berjaya. Saya suka dapat maklum balas begitu. Ingin dijelaskan itu hanyalah lakonan, di luar saya bukan begitu.

“ Saya suka bawa watak antagonis cuma sebagai pelakon kalau boleh nak pelbagaikan watak. Saya mahu keluar dari zon selesa.

“ Saya nak juga melakonkan watak protagonis. Insya-Allah dalam drama seterusnya saya dapat watak baik. Selain itu, saya nak cuba watak aksi, wanita didera dan karakter berat lain,” katanya.

VIDEO :

https://youtu.be/P_JchHCuynI

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: hmetro