Filem Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton tidak lama lagi apabila pihak Skop Productions dan Astro Shaw telah mengadakan Malam Gala Abang Long Fadil 3 semalam di Esplanade KLCC.
Ketiadaan pelakon senior, Kazar Saisi, di Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) yang berlangsung pada Jumaat, menjadi tanda tanya.
Tak nak cetvs kontr0versi
Pengarah filem ALF3, Syafiq Yusof, berkata, pihaknya sudah menghantar undangan jemputan kepada Kazar memandangkan dia merupakan salah seorang barisan pelakon.
Namun, Syafiq menyatakan Kazar enggan hadir kerana tidak ingin meros4kkan majlis dengan kontr0versi pan4s yang melibatkan anak perempuannya, Ira.
Secara peribadi, kami melayangkan undangan kepada dia. Tapi bagi saya, dia baik hatilah sebab dia cakap dia tak nak timbulkan apa-apa kontr0versi. Jadi, itu terpulang kepada dia tapi kami sudah menjemput Kazar.
Tambah Syafiq, pemilihan Kazar dalam filem itu kerana dia pelakon veteran yang masih relevan serta sesuai dengan watak.
Ketika penggambaran dijalankan, ia berlaku pada tahun 2019. Belum ada kontr0versi ketika itu. Dia memberikan lakonan yang baik dan sangat profesional.
Saya beri tawaran kepada Kazar kerana saya mahu pelakon veteran yang mempunyai elemen komedi dan boleh melakukan 4ksi pertarvngan. Kazar ada ciri-ciri terbabit dan dia masih aktif dalam industri, sebab itu saya pilih dia.
Syafiq berkata demikian ketika sejurus usai majlis tayangan ALF3 yang diadakan di TGV, Suria KLCC.
Tak masuk campur
Dalam pada itu, anak kepada Datuk Yusof Haslam meneg4skan dia tidak mempunyai mas4lah dengan Kazar dan bersikap profesional dalam urusan melibatkan kerja.
Saya dengan dia tak ada sebarang masalah. Mengenai kontr0versi terbabit, saya tak tahu apa-apa tetapi kerja adalah kerja.
Saya tak tinggal sama dengan abang saya (Syamsul Yusof) jadi saya tak tahu apa yang terjadi.
Sebelum ini, Ira dilaporkan akan dit4han oleh Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan s4man yang difailkan pelakon Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.
Ira didakwa menjadi punca perg0lakan rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Yusof Haslam tak ada masalah dengan Kazar
Tambahnya lagi, beliau sama sekali enggan ikut campur dalam permas4lahan anak-anak kerana itu melibatkan hal peribadi.
Beliau juga tiada masalah andai bertemu dengan Kazar kerana merasakan dirinya tidak perlu ikut campur dalam isu yang mel4nda anak-anak.
“Saya kalau jumpa Kazar tak ada berm4sam muka. Bagi saya itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.
Mahu media tumpu kepada filem
Dalam pada itu, Kazar yang dihubungi sumber memaklumkan yang filem itu lebih penting berbanding dirinya. Dia juga mengakui sudah dijemput oleh pihak Astro Show untuk malam gala tersebut.
“Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya,” ujarnya.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: OhBulan, HM