Kalau diperhatikan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pelakon Nazim Othman sering memuat naik aktiviti dirinya bercuti ke pusat peranginan mewah sama ada di dalam atau luar negara.
Malah, gayanya yang tidak kalah dengan menyarung pelbagai busana dan aksesori berjenama antarabangsa popular turut menjadi tanda tanya di kalangan.
Disebabkan hal itu timbul dkwaan kononnya kehidupan mewah Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 38, sebenarnya ditanggung individu kenamaan atau VIP.
View this post on Instagram
Tidak terkejt dengan dkwaan tersebut, pelakon drama bersiri Monalisa itu menerusi Melodi berkata, dia lali dengan t0hmahan tidak masuk akal itu.
Malah menyedari khabar angin itu sudah bertebaran sejak beberapa tahun lalu.
View this post on Instagram
“Isu ini bukan perkara baharu. Sekian lama orang bercakap fasal ini sampailah sekarang.
“Betullah benda itu semua tak betul.Saya tak terkejut pun dengar khabar angin ni. Dah lama sangat, kira-kira enam atau tujuh tahun lalu dulu dah dengar.
“Tiada istilah dibela. Kalau ada pun, saya yang bela diri sendiri,” katanya.
View this post on Instagram
Menurut Nazim lagi, k3semua yang dipaparkan di laman sosial miliknya itu berkait rapat dengan pekerjaannya sebagai seorang pelakon dan selebriti yang sering bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mahu memasarkan perniagaan mereka.
“Kalau nampak saya hidup mewah, itu adalah positioning. Nazim Othman bukan hanya pelakon, tetapi satu jenama.
View this post on Instagram
“Saya pergi ke tempat mewah, semua itu urusan kerja bersama syarikat-syarikat yang menjalinkan kerjasama bersama saya,” ujarnya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH