Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, kini dilihat semakin stabil dan sihat selain mula aktif bermain dengan adiknya di rumah.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak yang berkongsi mengenai perkembangan itu berkata, Ainul Mardhiah telah dibenarkan pulang pada Jumaat lalu selepas lebih tiga minggu dirawat di Unit raw4tan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah h0sp1tal.
“Alhamdulillah Ainul sekarang dah bersama kami di rumah, doktor benarkan keluarkan h0sp1tal pada Jumaat lalu.
“Keadaan Ainul juga semakin stabil dan sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Terdahulu, Ainul Mardhiah dimasukkan ke PICU disebabkan j4ngkitan kum4n serta turut mengalami ser4ngan s4wan berulang beberapa kali.
Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul Mardhiah masih perlu mendapatkan raw4tan susulan sekali seminggu sehingga doktor berpuas hati dengan tahap k3sihatannya.
Semalam, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi memuat naik video memaparkan dua anaknya itu sedang bermain bersama menerusi InstaStory.
Raut wajah Ainul Mardhiah juga kelihatan gembira dapat berada di rumah bersama keluarga tercinta.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : kosmo.com.my