“Saya doakan perkahwinan yang berlangsung di Thailand itu berkekalan”- Bekas isteri pakar saham

Bekas isteri kepada Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan iaitu Atielia De Sams tampil menzahirkan ucapan tahniah buat bekas suaminya itu yang telah bernikah bersama pelajarnya, Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Atielia di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kecew4nya dan mendoakan agar perkahwinan kali kedua bekas suaminya itu yang dipercayai dilakukan di Thailand kekal sehingga akhir hayat.

“Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada k3serasian pada waktu di puncak k3senangan kan abang?

“Waktu susah dulu susah senang sama-sama. Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skand4l lain dalam perkahwinan yang baru ini, aamiin,” katanya.

Bukan itu sahaja, ucapan tahniah yang diberikan pada 5 September itu tidak k3sampaian apabila dia telah disek4t oleh bekas suaminya di laman Facebook.

Malah, dia meminta agar bekas suaminya itu menjadi diri sendiri dan tidak perlu berpura-pura kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang memakan diri sendiri.

“Saya letak (ucapan) kat Facebook sebab nak beri ucapan kat bekas suami tapi dah kena sekat. Tak apalah. Hidup ini jangan banyak berpusing-pusing, takut nanti terjer4t diri sendiri.

“Jadilah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simp4n, tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye, semuanya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Atielia juga menitipkan pesanan buat Nazri supaya melangs4ikan segala tuntutannya dengan baik tanpa menimbulkan sebarang mas4lah.

“Selesaikan tuntutan saya dan jangan triggered saya benda yang tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Hidup ini mudah, jangan kacau saya je.

“Buat kenyataan biar betul. Itu je, mentang-mentang saya tak ada stage, tak perlu buat kenyataan macam saya ni tak ada pemberi maklumat. Terima kasih,” ujarnya.

Untuk info, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, selamat bernikah bersama pilihan hati,  Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25 pada Jumaat lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OMM