PEMERGIAN Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan masih lagi dirasai ahli keluarga meskipun sudah dua tahun arw4h menghadap Ilahi.
Paling dirasai k3sedihan itu sudah tentu isteri dan anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia tiga tahun.
Terbaharu, balu kepada Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi rakaman video di Instagram menunjukkan gelagat Uthman menyusun gambar bapanya di dalam dompet milik Hidayah.
Hamzah dilihat menyanyi gembira memanggil ‘ayah’ sambil menyusun gambar arw4h seolah-olah belum memahami apa yang sedang berlaku.
Hamzah kini dibesarkan oleh ibunya, Hidayah.
“Hari ini Hamzah susun gambar ayah dekat wallet ibu, pandai anak ibu ni,” tulis Hidayah di ruangan kapsyen.
Video tersebut telah mengundang reaksi seb4k netizen yang rata-ratanya mendoakan agar Hamzah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
View this post on Instagram
“Seb4k mak cik dengar Hamzah sebut nama ayah. Ayah Hamzah ramai orang sayang, suka berjenaka dan baik orangnya. Hamzah jaga ibu baik-baik ya. Semoga jadi anak soleh ya.
“Semoga menjadi anak soleh. Al-Fatihah buat abam.
“Bijak Hamzah. Semoga menjadi anak soleh ibu ayah.
“Moga Hamzah membesar dengan sihat dan bahagia. Sentiasa dijauhkan daripada perkara yang tidak baik,” tulis netizen.
Untuk info, Abam Bocey melangsungkan perkahwinan dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Abam men1nggal dunia pada 10 Februari 2020 akib4t dem4m panas di usia 32 tahun.
Komen Netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar