Kec0h penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider 0KU bersuara – “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ISU membabitkan tugas rider penghantar makanan tidak pernah habis diperdebatkan netizen.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang wanita mempertikaikan mengapa rider dari sebuah syarikat penghantaran makanan tidak menghantar pesanan di hadapan rumahnya memandangkan lokasi kediamannya bukanlah kawasan yang dikawal ketat oleh pengawal k3selamatan.

Susulan tersebarnya video berkenaan, rata-rata netizen turut berdebat di media sosial dengan hujah masing-masing.

Sebahagiannya mengatakan rider harus menghantar makanan hingga ke depan rumah pelanggan kerana ia termaktub di dalam prosedur operasi standard (SOP) syarikat penghantaran makanan itu sendiri.

fp 1

Namun sebahagian yang lain mengatakan gaji rider hanya dibayar berdasarkan jarak sahaja dan tidak perlu naik ke tingkat atas jika pelanggan tinggal di kediaman bertingkat tinggi.

Dalam pada itu, ada juga berpendapat, pelanggan perlu bertimbang rasa dan perlu turun sendiri ke bawah untuk mengambil pesanan mereka daripada rider.

Susulan isu ini, seorang rider turut berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya.

Call tak jawab, bayar COD, cancel order. Macam mana nak buat? Ya kak, saya naik sampai tingkat 17 dah ni,” tulis rider berkenaan pada satu perkongsian video yang memaparkan dirinya memakai kaki p4lsu di sebelah kiri.

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga melebihi 317,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, dengan rata-ratanya turut memberikan sokongan kepada rider berstatus Orang Kelainan Upaya (0KU) itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki bernama Lukmanulhakim Mustaffa itu berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman sebagai seorang rider khususnya yang berstatus 0KU kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya ‘pukvl rata’ jika ada isu membabitkan segelintir rakan seperjuangannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Akim kehil4ngan kaki kiri dalam satu kem4lang4n jalan raya pada 2015.

“Setiap rider mempunyai cabaran yang tersendiri. Seperti saya yang 0KU, cabaran yang dihadapi saya adalah kerenah pelanggan dan nak sesuaikan dengan keupayaan saya.

“Saya pakai kaki p4lsu, memang mencabar sebab tak boleh pakai lebih empat jam. Kena rehatkan bila dah lama pakai. Kalau pakai terlalu lama pasti melecet dan lvka.

“Jadi bila perlu hantar pesanan pada pelanggan yang tinggal di kondominium atau apartment, saya selalu beritahu status sebagai 0KU dan minta jasa baik untuk sesiapa turun ambil pesanan.

“Tapi ada yang tak faham. Bila dapat yang tak faham, saya cuba berkomunikasi sehabis baik. Kalau gagal, terpaksa gagahkan juga naik sebab nak sampaikan amanah kepada pelanggan,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa Akim, sepanjang bergelar rider sejak pertengahan 2021, pelbagai kerenah pelanggan yang ditemui namun semuanya dihadapi dengan tabah demi mahu mencari pendapatan untuk menyara keluarga.

“Bila jadi 0KU ni, memang susah nak dapat kerja. Pernah beberapa kali permohohan kerja ditolak kerana majikan mahu yang sempurna fizikal. Jadi saya ambil keputusan untuk jadi rider.

“Kerenah pelanggan adalah perkara biasa. Pernah seorang pelanggan marah order dia lambat. Saya minta maaf dan cakap saya 0KU dan selak seluar, dia tergamam bila tengok kaki kiri saya yang berbesi. Terus terdiam.

“Ada yang salah ‘pinned’ lokasi, beri alamat salah, dan tak ada wang kecil kalau pilih kaedah ‘cash on delivery’ (COD).

“Yang cancel dan prank order tu biasa. Mula-mula ‘koyak’ (beng4ng) juga. Lama-lama dah biasa,” ujarnya yang kehil4ngan kaki pada 2015 kerana kemal4ngan jalan raya.

Sungguhpun begitu, Akim yang sudah mendirikan rumah tangga menambah, dia tidak mahu menjadikan status sebagai seorang 0KU membataskan pergerakannya meskipun kerap berdepan dengan pandangan ‘aneh’ orang ramai.

“Kalau saya pakai seluar pendek, memang ramai yang tengok dengan pelik dan pandang dua kali, terutama vendor. Saya pakai seluar pendek ni ada alasan tersendiri, terutamanya senang untuk tanggalkan kaki p4lsu apabila perlu ‘direhatkan’ seketika.

fp 2

Meskipun berdepan pelbagai k3sukaran, Akim tidak mahu mengaku kalah dan menjadikan status 0KU sebagai penghalang.

“Tapi saya pernah jumpa ada rider yang bawa bersama kerusi roda pada motosikalnya untuk memudahkan pergerakan. Saya ingat saya yang lebih susah, tapi ada yang lebih susah,” ujarnya yang turut menjalankan bisnes menjual kosmetik secara dalam talian.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Akim berkata videonya itu antara lain mahu menyampaikan mesej agar pelanggan dan rider saling memahami situasi antara satu sama lain.

“Kepada customer dekat luar sana, fahamilah tugas kami dan cuba bertolak ansur serta bersangka baik dengan rider. Kami risikokan diri untuk anda. Janganlah pukvl rata bila ada berapa ketul yang buat hal.

“Dan kepada rider, jalankan tugas kita dengan amanah. Berkomunikasilah dengan sehabis baik jika ada hal berbangkit,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar