Puteri sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diberi nama Siti Aafiyah semakin mendapat perhatian peminat ibunya apabila tidak hanya kecomelan Aafiyah malah kepandaiannya juga menarik tumpuan orang ramai.
Umum diketahui, perkembangan Siti Aafiyah sejak dilahirkan sehingga sekarang masih sahaja menjadi tumpuan manakala baru-baru ini pula, Siti Aafiyah yang berusia 4 tahun telah bersekolah menjadi pemain Konsert Piano paling muda.
Kejayaan anak penyanyi nombor satu ini membuatkan peminat juga turut tumpang bahagia. Justeru itu, menyaksikan pula satu rakaman video pendek yang memaparkan momen Siti Aafiyah bersama ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti ini membuatkan mereka menerima pelbagai reaksi diruangan komen.
Satu muat naik rakaman video pendek ini pada awalnya mendengarkan suara Tokti menyanyikan lagu kanak-kanak berjudul Burung Kakak Tua namun selepas itu disambung pula oleh Siti Aafiyah yang lalunya menyebabkan suara si cilik popular ini menarik tumpuan peminat.
Selepas mendengarkan suara Siti Aafiyah dalam hantaran video oleh akaun sitizones.official tersebut nampaknya ada peminat mengatakan anak penyanyi nombor satu negara ini sememangnya layak menggantikannya nanti manakala rata-ratanya terhibur mendengarkan nyanyian Tokti bersama cahaya mata sulungnya itu.
“Wah… macam ada penyambung legasi”
“Ibu Aafiyah kan penyanyi”
“Ulalaaa dia pun sedap”
“Nah kau, Siti Nurhaliza 2.0 coming”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: hcl