“Alhamdulillah, Selepas 5 Tahun…”-Akhirnya Aishah Bersyukur Hak Sebidang Tanah Lot Banglo Selesai

Mencapai segala tujuan yang kita inginkan, tidak din4fikan memerlukan usaha malah hingga ada yang perlu berjvang tanpa kenal lelah dan putvs asa.

Begitulah juga buat penyanyi Datuk Aishah, lima tahun menuntut hak bukanlah waktu yang singkat dan  akhirnya berjaya juga dalam kes tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya di program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Memetik mymetro, penyanyi berusia 57 tahun itu berkata selepas lima tahun menuntut haknya akhirnya dia boleh menarik nafas lega dan hidupnya lebih tenang.

“Alhamdulillah, selepas lima tahun kes ini berlangsung baru temui penyelesaian,” kata penyanyi, Datuk Aishah yang bersyukur apabila kes berkaitan tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenangi ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017 akhirnya selesai.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata, biarpun pada awalnya dia enggan kes terbabit di bawa ke mahkamah, namun demi menuntut hak yang dijanjikan dia terpaksa berbuat demikian.

“Sebenarnya kalau ikut hati saya tidak mahu kes ini di bawa sehingga ke mahkamah tapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit selepas lapan bulan dari tarikh kemenangan, mereka minta diberikan masa.

“Saya tunggu dan beri masa lebih kurang enam bulan. Mal4ngnya ketika saya hubungi selepas itu tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan sehingga terpaksa teruskan kes ini di mahkamah.

“Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan,” katanya kepada pemberita.

Menurut Aishah, tiada istilah tam4k kerana dia hanya menuntut hadiah yang sepatutnya diberikan kepadanya.

“Ini bukan cerita mengenai tam4k atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Mal4ngnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi peringatan kepada semua pihak yang berkenaan,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Terdahulu, Aishah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.

Peguam yang mewakili Aishah iaitu Mohammad Izwan Azmi menjelaskan,  pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.

“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat ‘proposal settlement’ daripada pihak penaja dan Aishah sendiri sudah bersetuju.

“Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja,” katanya.

Dalam masa sama, Izwan berterima kasih kepada Aishah kerana mempercayai firma guamannya itu.

“Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja..”-Aishah Let1h Turun Naik Mahkamah Tvntut Hadiah Tanah

PENYANYI Datuk Aishah meluahkan rasa h4mpa dan kec3wa apabila masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim empat (GV4) pada tahun 2017.

Lebih lima tahun menunggu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata isu tuntutan hadiah ini masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan.

Sepatutnya berehat

Menurut Aishah, impian dan mimpinya akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menyelesaikan Konsert Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous pada hari Sabtu yang lalu. Walaupun dua kali dij4ngkiti COVID-19 dalam tempoh lima bulan hingga 20 peratus paru-parunya r0sak, Aishah mengaku gem3ntar memikirkan setiap 4ksi yang bakal dipamerkan di hadapan para peminat, kawan-kawan dan keluarga.

Tambah Aishah, dia boleh menarik nafas lega setelah semuanya selesai. Namun begitu, Aishah berkata niatnya untuk berehat seketika terpaksa dilupakan. Ini kerana, dia perlu hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan hadiah tanah yang dimenangi olehnya.

“Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi mal4ngnya mulai pagi esok (Isnin) saya terpaksa ke mahkamah untuk ke tuntutan hadiah tanah GV4

“Kenapalah menyusahkan orang, masa dan kos. Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tak, elok jangan mimpi nak jadi penaja. Berapa tahun dah menunggu, tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga.”

Aishah berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut berkongsi foto semasa menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah meluahkan rasa tidak pvas hati terhadap penaja di Instagram.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah kerana sudah lama menunggu hadiah berkenaan dan enggan lagi anak seni dipermainkan.

“Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yang terbaik.

“Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni,” luahnya.

Sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak pvas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan.

Di akhir posting, Aishah memohon doa agar urusannya dipermudahkan. Sebagai pemenang dan penyanyi, Aishah memberitahu dia hanya mahu menuntut hak yang telah dijanjikan sahaja.

Jangan buat begini kepada anak seni.

Dalam program itu, Aishah mengetepikan peserta akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00, sebidang tanah tanah lot banglo, pakaj percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Sumber: Instagram Wan Aishah, mstar, Ohbulan

Sumber : mymetro & Ig aishahjmm

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook