Pelakon dan penerbit Sheila Rusly menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-51 baru-baru ini.
Berkongsi momen gembira itu di Instagram miliknya, Sheila meluahkan rasa syukur kepada Tuhan sempena hari ulang tahunnya itu.
“Terima kasih Allah untuk hari ini, sentiasa bersyukur, Alhamdulillah,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, di ruangan balas, Sheila menerima ribuan ucapan tahniah dan selamat ulang tahun daripada rakan selebriti dan peminatnya.
Namun, ada juga diantara kalangan pengikutnya yang seakan tidak menyangka usia aktres itu sudah pun mencecah angka 50.
View this post on Instagram
Untuk info, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit Azman Yahya, 56, atau dikenali sebagai Jinggo pada 1995.
Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
Sementara itu, Uzair pula telah memilih aktres Elisya Sandha sebagai pasangan hidup dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq yang kini berusia empat bulan.
Komen Netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak