Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja – “Memang orang pandang rendah”

MEMILIH untuk berhenti kerja merupakan satu langkah besar dibuat dalam kehidupan.

Ada banyak sebab yang mendorong kepada tindakan itu termasuklah atas alasan mementingkan k3sihatan mental mahupun fizikal.

Itulah yang dilakukan Nora Halid, 32, yang men1ngg4lkan dunia korporat setelah bekerja lebih empat tahun di sebuah syarikat.

“Saya letak jawatan pada Ogos lalu. Sebab utama saya berhenti kerja sebab burnout (letih ment4l, fizikal dan emosi) dan ment4l breakdown. Bunyi macam meng4rut tapi itulah realitinya.

“Pada mulanya saya cuba bertahan tapi agak sukar untuk saya teruskan sebab saya banyak masalah dalaman dengan pengurusan dekat tempat kerja.

“Jadi saya memilih untuk ‘angkat kaki’ sebab dah tak boleh nak berdepan dengan tugas dan persekitaran tempat kerja. Untuk jaga k3sihatan ment4l sendiri dan fikirkan anak-anak, saya tinggalkan syarikat,” ujarnya yang senang disapa Oya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Oya mengakui bahawa berhenti kerja dalam keadaan kegawatan ekonomi bukanlah satu keputusan yang bijak.

Bagaimanapun, dia nekad memilih untuk mencari ketenangan jiwa berbanding kerjaya stabil kerana sudah tidak gembira dan tidak nampak masa depannya di tempat kerja.

Malah, menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, apabila bekerja setiap staf memerlukan pengiktirafan daripada pihak atasan seperti memberikan ganjaran supaya pekerja lebih bermotivasi.

Selepas tidak lagi terikat dengan majikan, Oya kini memulakan kerjaya baharunya dengan berniaga kopi jalanan dan nasi lemak di kawasan perumahan di Bangsar South, Kuala Lumpur.

“Sekarang saya fokus berniaga kopi dan nasi lemak. Waktu operasi saya pilih malam dan lokasinya berdekatan dengan kawasan pejabat dan perumahan.

“Antara sebab saya pilih untuk menjual sebelah malam sebab faham ramai orang ofis yang balik kerja malam dan lapar nak cari makan. Macam saya kerja dulu siang memang tak sempat nak makan jadi waktu malam balik kerja penat baru nak cari makanan,” jelas Oya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Oya menjual kopi dan nasi lemak di tepi jalan di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Mengakui bahawa kerjayanya terdahulu berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang, Oya berkata dia bagaimanapun lebih senang hati dengan pilihan dibuat dan kurang berdepan tek4nan.

Tambahnya, pandangan masyarakat juga berbeza ketika dia berniaga tepi jalan jika dibandingkan dengan kerjaya sebelum ini namun ia tidak menjadi masalah buat dirinya.

“Dunia korporat dan berniaga tepi jalan ni memang bagaikan dua dunia berbeza. Kerja saya dulu memang orang kata karier yang sangat stabil.

“Pandangan orang pun lain sebab mereka lebih hormat bila kita kerja dekat syarikat-syarikat besar, bila berniaga tepi jalan ni orang pandang rendah sikit. Tapi saya lebih seronok dengan kerja sekarang.

“Bagi saya, dunia korporat ni bahagia dekat luar tapi s4kit dekat dalam sedangkan berniaga macam ni nampak s4kit dari segi luaran tapi sebenarnya sangat bahagia kat dalam hati,” ujarnya lagi.

Susulan perkongsian Oya yang meraih hampir 400,000 jumlah tontonan di TikTok, warga maya turut berkongsi pengalaman sama bekerja di syarikat besar.

Dalam pada itu, wanita ini turut menitipkan pesan kepada orang ramai sana untuk turut mementingkan k3sihatan selain kerjaya.

Menurutnya lagi, keputusan dibuat ini mendapat sokongan penuh oleh suami yang bekerja sebagai kerani di Univerisiti Malaya di ibu kota.

Oya bersama ahli keluarganya.

“Tujuan asal saya buat video tu bukanlah untuk menggalakkan orang ramai berhenti kerja pejabat tapi lebih kepada nak kongsi pengalaman lama bekerja dalam dunia korporat.

“Tapi apa-apa pun saya bersyukur bila keputusan tu dibuat, suami sangat menyokong dan bersetuju. Tanpa semangat daripada dia, saya tak mampu nak lakukan semua ni.

“Nasihat saya untuk orang yang menghadapi situasi sama macam saya… know your limit. Jaga k3sihatan mental dan jangan takut nak move on. Sentiasa percaya pada rezeki Allah. Kalau dah tak boleh tahan dengan kerja, rancanglah jalan keluar dari dunia kerjaya sekarang dengan baik,” ujarnya menutupi kisah.

Komen Netizen:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar,sinarviral