“Saya Akan Menetap Di Sana Tetapi…”-Zul Ariffin Bakal Berhijrah Ke Makkah

PELAKON Zul Ariffin mended4hkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu.

“Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.

Zul tervja untuk memulakan hidup di kota Makkah.

“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” katanya kepada mStar.

ya merancang untuk berhijrah ke sana kemungkinan pada Januari tahun depan. Sekarang dalam proses nak cari rumah dan lock semuanya. Saya akan tinggal di Makkah.

“Saya serius, berhijrah ke sana atas urusan kerja dan perniagaan. Saya akan tinggal di sana tetapi saya tetap kembali ke Malaysia,” katanya.

Zul ditemui selepas majlis pelancaran filem seram terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis bertempat di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Zul lagi sekiranya tiada halangan dan semua berjalan dengan lancar, perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang diusahakan itu akan beroperasi pada Januari depan.

“I’m travelling a lot, saya akan ke New York November ini untuk berbincang mengenai kerja kerana pada bulan Januari perniagaan itu akan memulakan operasinya.

“Untuk perniagaan ini, saya bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Singapura. Bagi saya ini adalah satu peluang.

“Tak tahu nak cakap perancangan perniagaan itu bermula bila kerana semuanya terjadi dengan begitu pantas,” jelasnya.

Ditanya sama ada Zul akan terus menetap di sana atau tidak, aktor ini berkata dia akan berulang-alik dari Makkah ke Malaysia untuk kerjaya lakonannya.

“Menetap di sana bukan selamanya, saya harus berulang alik, memang akan chaos tetapi tidak mengapa.

“Saya tidak memperlahankan kerjaya tetapi saya perlu memilih tawaran dengan lebih teliti. Saya masih lagi ada beberapa projek selepas ini.

“Sejujurnya teruja, bagi saya ia adalah perkara yang sihat. Saya rasa sekarang kalau saya tinggal lama sangat pun tidak bagus.

“Kita kalau tiada benda nak buat jadi tak produktif, lebih baik penat produktif daripada tidak dan sekarang filem juga dapat kutipan yang bagus

“Pawagam pun sudah kembali dibuka selepas cov1d dan ramai yang datang menonton filem sebagai tanda sokongan.

“Kalau anda lihat sekarang filem-filem juga banyak menaikkan pelakon, tiba-tiba pelakon bertambah ramai. Jadi ini merupakan satu persaingan yang sihat dan menyeronokkan, rugilah kalau saya perlahankan kerjaya seni,” ujarnya.

Meskipun memulakan kehidupan baharu di negara orang, Zul berkata itu tidak bermakna dia akan memperlahankan.

Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.

“Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh p4ndemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon

ZUL ARIFFIN

PELAKON

“Saya amat tervja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” jelasnya.

KOMEN NETIZEN:

Dalam perkembangan lain, Zul akan muncul menerusi naskhah filem seram terbaharu berjudul Tablis Iblis.

Filem ini merupakan terbitan gabungan penerbit terhebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MME Entertainment.

Selain Zul, naskhah ini juga dibintangi oleh Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah.

Tablis Iblis akan menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober depan.

Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu.

Filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

‘Talbis Iblis’ yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak