“Wahai Wanita Mulia, Akulah Yang Telah Kau Selamatkan…” 28 Tahun Kahwin, Zarina Zainuddin Hargai Pengorbanan Madu

Di sebalik senyum dan tawanya, tersimpan kisah hidup yang sukar diungkapkan selebriti bernama Zarina Zainuddin. Meskipun status sebagai isteri kedua bukan lagi rahsia namun segala 0nak ranjau yang dilalui ibu kepada empat cahaya mata ini disimpan kemas daripada perhatian masyarakat.

Kedengaran agak cliche, tapi hakikatnya wanita yang hidup bermadu pasti tidak lepas daripada pandangan serong khalayak.

Bersikap terbuka menzahirkan kisah pelayaran bahtera rumah tangga yang dinikm4tinya selama lebih 20 tahun, luahan hati Zarina baru-baru ini bersempena ulang tahun kelahiran madunya mengundang pelbagai reaksi peminat.

Menzahirkan rasa syukur dan terharu kerana isteri pertama menerima diri seadanya, Zarina dalam nada rendah diri mengaku menyanjung sisi positif madunya itu.

Ujar aktres yang juga usahawan ini, “Saya tengok TV sekarang semua kisah madu-madu berper4ng. Bini tua ser4ng bini muda, langsung tak ada kebaikan hidup bermadu. Semuanya neg4tif yang mereka tunjukkan.

Hakikatnya saya yang dah kahwin 28 tahun macam-macam saya belajar dari madu saya. Menyelami perasaannya, cuba memenangi hatinya, walau saya tahu satu ketika dulu dia tak suka.. tapi belajarlah kenapa orang tak suka kau.

Cari silapnya di mana. Kau ambil lelaki orang lepas tu tay4ng satu dunia kau bahagia, habis tu kau ingat dia tak ada hati perasaan, dia tak ada keluarga.

Hatinya h4ncur lulVh di saat kau merebut hati suaminya. Perempuan s4kitkan hati perempuan. Bukankah kita sepatutnya belajar menyayangi insan ini yang mulia hatinya mengizinkan kau bersama suaminya. Sedangkan hatinya sedang berduka lara.”

Tambah Zarina lagi, “Orang kata arghh dia kahwin sebab harta, harta kau boleh carilah kalau kau rajin usaha. Tapi dapatkah kau mendamaikan sebuah perasaan? Menerima kau dengan reda bersama-sama harungi susah senang menjaga perasaan masing-masing.

Wahai wanita yang mulia, akulah wanita yang telah kau selamatkan tatkala aku terhuyung-hayang mencari dahan untuk berpaut. Kau beri aku tempat kecil di hatimu.

Semoga syurga di akhirat tempatmu wahai kakakku Datin Sri Hajah Noorhasimah Mohd Noor. Maafkan Ina sepanjang 28 tahun kita hidup bermadu banyak salah silap Ina buat. Terima kasih menerima Ina seadanya.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Allah tidak menduga hambaNya melebihi kemampuan mereka. Berlapang dadalah menempuh dug4an yang ‘dikirimkan’. Moga ujian ini membuatkan kita lebih cekal.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: NONA