[GAMBAR] Gara-gara Foto Ini, Vanidah Imran Sudah Berkahwin Lain?

Sebelum ini sedikit heboh mengenai rumahtangga pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan sedang berantakkan apatah lagi pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu. Dipetik dari Mstar, Vanidah sendiri tidak mahu memanjangkan gosip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.

Difahamkan pasangan itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah atau lebih mesra dipanggi Vee. Vee dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.

Terbaru sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya. Foto itu menunjukkan sepasang pengantin sedang meraikan hari perkahwinan sambil memotong kek. Tanpa membaca kapsyen, rata-rata netizen menyangka ia adalah hari perkahwinan Vee bersama suami barunya. Tidak kurang juga, ada peminat yang terkejut bahawa sebenarnya Vee dan Rashidi sudah bercer4i.

Nampak sama tapi bukan Vee! Itulah hakikatnya. Pengantin sebenar yang bernama Ida Ghazaliini memiliki raut wajah mirip seperti Vee. Lebih mengujakan apabila Ida sendiri meninggalkan komen di Instagram Vee tersebut. Apa yang dia cakap eh?

Yang pasti mereka cuma pelanduk dua serupa je. Sekali pandang memang saling tak tumpah dengan wajah Vee.

FOTO :

“Tak perlu kongsi punca bercer4i, nanti terbuka aib” – Vanidah komen percer4iannya dengan Rashidi

KUALA LUMPUR: Tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan daripada masyarakat, sebaliknya, keputusan tidak menghebahkan percer4ian adalah semata-mata kerana perkara itu terlalu peribadi.

Itu kenyataan pelakon Vanidah Imran mengulas mengenai entri bekas suaminya, Rashidi Ishak di laman Instagram peribadinya mengenai berita percer4ian mereka.

Bagi Vanidah atau lebih mesra disapa Vee, percer4ian yang terjadi selepas 18 tahun usia perkahwinan mereka diambil menerusi persetujuan bersama.

Kata Vanidah, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka..

Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa percer4ian bukan  sesuatu yang disukai di dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (percer4ian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.

“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca percer4ian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” kata Vanidah kepada Astro AWANI.

Selama tujuh bulan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu berkata, dia sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja.

Sekalipun sudah tidak bersama sebagai suami isteri selepas sah bercer4i pada 9 Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, namun Rashidi, kata Vanidah, masih mengambil berat dan perhatian kedua-dua permata hati mereka.

“Seperti yang saya katakan, kami bercer4i cara elok, tiada perg4duhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang. Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” ujar Vanidah lagi.

Pasangan Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 2000.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : BenarBenarGempak