Beberapa hari lalu, portal melaporkan gelaran ‘Datuk’ yang dimiliki oleh suami pelakon Datin Paduka Eina Azman dan Datin Fouziah Gous adalah p4lsu.
Dan, sehingga kini kedua-dua pelakon wanita itu terus berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
Menurut Harian Metro, usaha mereka untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti tersebut adalah gag4l apabila mesej dan panggilan telefon dibuat tidak mendapat sebarang maklum balas serta dijawab oleh mereka.
Hasil tinjauan mendapati media sosial Fouziah Gous melalui perkongsian di Insta Story mengatakan dia kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak bagi mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya, FG Walet.
Malah, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakin Azman sibuk mengemaskini video masakan termasuk menikmati keenakan durian Musang King.
Selain dua selebriti itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada penyanyi Heliza Helmi mengenai gelaran ‘Datuk’ yang dimiliki oleh suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman turut g4gal.
Terdahulu, isu gelaran Datuk didakwa p4lsu timbul susulan perkongsian individu di Facebook dikenali sebagai Aliff Ahmad memandangkan nama mereka tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook