Kemana HiIangnya Pierre Andre? Ibu Tampil Buka Mulut

Pierre Andre antara pelakon yang pernah popular satu masa dulu. Tampil menerusi filem Gol dan Gincu dan drama bersiri santai, Dunia Baru, nama Pierre Andre mencanak naik dan jadi terkenal.

Beberapa tahun yang lalu, nama Pierre mula tenggelam dan hil4ng dari radar dalam industry seni tanah air. Adiknya iaitu Andre Mikail pula dilihat mula lebih aktif di industry hiburan tanah air.

Malah, Pierre Andre juga langsung tak aktif di laman media sos1al sekaligus membuatkan dirinya hil4ng dan ramai peminat tertanya kemanakah dan apa yang berlaku pada Pierre Andre, satu nama yang cukup berbakat.

Menjawab persoalan ini, ibunya, Khatijah Tan tampil memberi komen. Jelas Khatijah Tan, ada saja tawaran kepada Pierre untuk berlakon dan juga jadi pengarah, namun Pierre telah menolaknya.

Pierre masih tak mahu untuk kembali aktif dalam bidang seni. Ini komen Khatijah Tan.

“Anak saya Pierre kini selesa dengan hidupnya bersama isteri dan anak perempuan yang dah masuk umur empat tahun. Pierre dan keluarga masih menetap di Kuala Lumpur. Tentang kerjayanya, sekarang Pierre sibuk urus business online.

“Dulu pernah tanya dia, adakah dia merajuk dengan industri seni. Tapi Pierre nafi. Dia memang seorang yang agak misteri. Dia senang hidup macam sekarang ni, lebih low profile katanya.

“Namun begitu saya tahu, dia masih sayang bidang hiburan terutama filem. Kalau balik ke Ipoh, kami satu family akan luang masa tengok filem bersama”

Selain masih layan filem, Khatijah Tan memberitahu, Pierre kadangkala ada buat arahan. Pierre ada mengarah satu filem pendek untuk produksi Andre Brothers, milik adik beradiknya.

Tapi itu hanya untuk suka-suka sahaja dan bukan untuk raih pendapatan atau jana wang.

Sebagai ibu, Khatijah ada bagi cadangan kepada anaknya itu untuk jadi pengarah dan bekerja sendiri. Tapi dia tak mahu.

“Mungkin ada perkara yang buat Pierre kec3wa tapi dia tak nak luahkan hal berkenaan. Naluri seorang ibu, saya dapat rasa dia kec3wa tentang sesuatu. Dia undur diri bukan sebab merajuk tapi kec3wa.

“Sebelum ini, dia kec3wa sebab gagal bagi sesuatu kat industri. Pernah dia luah kekec3waan bila tengok nasib pekerja belakang tabir yang tak terima bayaran yang setimpal.

“Pierre k3sian lihat mereka sebab kerja belakang tabir hakikatnya bagaikan hidup kais pagi makan pagi. Itu antara yang buatkan dia paling rasa terkilan sangat.”

Walaupun sudah menasihati anaknya, Khatijah Tan mengataakn anaknya tetap dengan pendiriannya.

“Pendapat saya tindakan protes senyap macam ni tak ada kebaikan. Apa yang lebih penting adalah demi kelangsungan hidup. Lagipun, tak ada siapa pun yang akan kenang kita lepas kita pergi,”

Khatijah Tan mengatakan dirinya kini masih lagi aktif berlakon jika ada tawaran yang sesuai. Ada juga pengarah dan penerbit yang memberi dia watak tetapi dia kena memilih sebab Khatijah Tan dan suami kini menetap di Ipoh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : NT