Neelofa Pernah Berjiran Dengan Mona Fandey Rupanya! Ini Kisahnya…

Siapa sangka di sebalik filem Dukun yang telah mencetuskan satu fenomena di negara ini, secara tak langsung telah memberi kesan kepada pelakon dan pengacara Neelofa. Menerusi program bual bicara Meletop episod ke-283, pihak produksi telah menjemput barisan pelakon hebat filem Dukun iaitu Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein & Hasnul Rahmat.

Umie Aida berkesempatan berkongsi pengalaman misteri ketika melakonkan watak Diana Dahlan. Umie mendedahkan dia hampir mengalami histeria ketika dia melawat ke bilik gantung sebelum tubuhnya tiba-tiba menggigil dan ketakutan.

Neelofa Tak Tidur 2 Malam

Apa yang menarik, Neelofa juga berkongsi ceritanya selepas menonton filem Dukun sehinggakan dia tak dapat tidur selama 2 hari. Ini kerana watak Diana Dahlan mengambarkan personaliti Mona Fandey yang merupakan bomoh terlibat dalam pembunuhan Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.

Neelofa mendedahkan bahawa kisah Mona sangat dekat dengan dirinya kerana rumah keluarganya di Kelantan berhadapan dengan rumah keluarga Mona.

“Saya tak boleh tidur selama 2 hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona. Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar dan pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu” -katanya

Rumah Mona Fandey Di Kelantan

Jika anda fikir rumah Mona terletak di Shah Alam? di Raub? di Kajang? Sebenarnya hanya satu sahaja rumah sebenar Mona Fandey ini iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Sekampung dengan Neelofa.

Hasil pencarian, kami berjaya hubungi keluarga terdekat arwah Mohd Affandi Abdul Rahman yang merupakan suami ketiga Mona Fandey. Menurutnya, rumah Mona yang terletak di Salor, Pasir Mas Kelantan telah diduduki oleh anaknya, Irwan Affandi. Rumah itu dimiliki oleh Affandi sebelum berkahwin dengan Mona dan beberapa barang berkaitan dengan kes arwah Dato Mazlan telah di sita.

Dukun Bukan Filem Seram

Image result for mona fandey

Bagi kami, Dukun bukanlah cerita sebenar dari Mona Fandey. Ia bergantung kepada interpretasi penonton itu sendiri.  Filem ini lebih kepada penyiasatan polis iaitu bagaimana sekumpulan polis mahu mengaitkan kes Diana Dahalan yang sudah did4kwa, dengan kes-kes pembvnuhan yang tak selesai sejak 10 tahun. Anda kena tonton untuk nilaikan sendiri. – SL

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Ig Neelofa