Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad menjadi bualan netizen apabila dia tampil memberi kejvtan buat isterinya, Nazirah Ayup secara siaran langsung di pentas Gegar Vaganza minggu ketiga, semalam.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @ceobissnespropozel di laman TikToknya, kelihatan Nabil menjemput isterinya yang lebih dikenali sebagai Zira, menuju ke pentas Gegar Vaganza yang disediakan sebuah kek tiga tingkat.
@ceobissnespropozel Kak Lina pompom pun menyanyikan lagu🤣😂😅👏✌️#kaklinapompom #gv9 #bintangkembalimenyengat #gegarvaganza9 ♬ original sound – Username : Tomato😊
“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami.
“Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya
Bukan itu sahaja, Nabil turut menitipkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada insan tersayangnya itu sepanjang mendirikan mahligai bersama dan membesarkan anak-anak mereka dengan baik.
Malah, pengacara yang berusia 39 tahun itu turut mendoakan agar Zira adalah wanita yang dicintainya hingga akhir hayat dan tidak mahu memandang wanita yang lain.
“Saya sayang awak sehingga Allah memisahkan kita,” ujarnya lagi.
Sebaknya, terharu dengan kata-kata Nabil!
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa sebak apabila mendengar kata-kata Nabil kepada isterinya yang menjadi tanda dia menghargai pengorbanan isterinya selama ini.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang tersentvh hati dan seb4k apabila melihat kejutan hos Gegar Vaganza, Nabil Ahmad untuk isterinya yang tercinta, Nazirah Ayup ketika secara langsung program berkenaan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Pun begitu, ada juga netizen yang meluahkan rasa tidak pvas hati tindakan Nabil yang mendakwa dia menggunakan pentas tersebut untuk tujuan peribadinya.
Menerusi perkongsian di Instagram @astrogempak, portal tersebut telah memuat naik sebuah hantaran Nabil bersama isterinya berhampiran sebuah kek tiga tingkat.
View this post on Instagram
Sambut anniversary tempat lain la!
Bagaimanapun, ada segelintir individu yang kurang senang dengan tindakan pengacara tersebut yang menganggap dia perlu menyambut sambutan ulang tahun itu di tempat lain memandangkan ia merupakan hal peribadinya.
Bahagia selalu Nabil bersama isteri!
Namun begitu, disebalik kec4man dan kritiikan daripada beberapa individu tersebut, ada juga netizen yang mendoakan agar rumah tangga pengacara yang berusia 39 tahun itu kekal hingga ke jannah dan bahagia selalu bersama keluarga.
Masuk Kak Lina, tak jadi nak menangis
Pun begitu, disebalik sebak itu bertukar ceria apabila rakan hosnya, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Ina kembali mengh4ngatkan suasana di pentas tersebut.
Sekadar info, Nabil mendirikan rumah tangga bersama Zira pada 30 September 2011 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3.
Sumber: TikTok @ceobissnespropozel, OMM, Gempak
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook