Tentu pengguna aplikasi TikTok sudah cukup familiar dengan seorang TikToker yang dikenali sebagai Layka Al Funsu yang mana suaranya begitu mendapat perhatian ribuan warganet di aplikasi tersebut sehingga ada yang memujinya memiliki suara iras seperti penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali sebagai Tokti.
Namun begitu, selepas suaranya berjaya mencuri tumpuan orang ramai nampaknya dia turut menerima komen kurang enak mengatakan suaranya auto-tune dan kemerduannya juga disebabkan mic yang digunakan ketika menyanyi tetapi rakaman yang tular ini berjaya menepis dakwaan tersebut.
VIDEO:
@ayuazhar_98 mesti kenal tiktokers manis ni kan 😍 #fyp ♬ original sound – Ayu azhar
TikToker jelita ini terbaharu menjadi perbualan warganet selepas videonya tersebar ketika membuat nyanyian secara live disebuah program. Rakaman video yang tular itu bagaimanapun membuatkan ramai dapat mendengarkan suara sebenar Layka Al Funsu.
Ternyata ramai kagum dengan kebolehannya menyanyi dan cukup merdu seperti dalam live TikTok di akaunnya sehingga dia pula menerima pujian melambung oleh peminatnya.
VIDEO:
@faiztukirin jgn ada yg komen ckp auto tune lagi sudah lah
“Jangan ada yang komen cakap auto tune lagi sudah lah,” tulis individu pengguna TikTok yang berkongsikan rakaman video TikToker terkenal itu yang mana diruangan komen pula ada yang memerli komen-komen neg4tif yang pernah diterima gadis berkenaan dan ada yang percaya dia boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian.
“Best suara…”
“Nah yang mana cakap Layka ejas suara tu…”
“Tulah asyik cakap tak percaya…”
“Yang mana dulu kata dia guna…”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL