Ramai Teruja Akhirnya Dapat Lihat Suami Ain Edruce Tersenyum Lebar

Umum sedia maklum, suami kepada pelakon terkenal, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz Mustaffa dikenali dengan wajah yang selamba dan jarang menunjukkan ekspresi kepada orang ramai.

Riak wajah spontan suami pelakon jelita itu sering mendapat perhatian ramai kerana sukar untuk memberi senyuman apabila Ain membuat konten bersamanya.

Pun begitu, berbeza pula kali ini. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Ain di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membuat konten bersama suaminya di rumah mereka.

@ainedruce91 Susah siot!!!! Aku cubaaaa. Soraya menang!šŸ™ŒšŸ» #fyp ā™¬ sonido original – Dani Valle

Dalam video itu, Ain dipelvk dari belakang oleh suaminya untuk membuat konten yang menjadi trend bersama anak sulung perempuan mereka, Soraya.

Terkejvt tengok Amirul tersenyum lebar!

Apa yang menarik perhatian netizen, Amirul menunjukkan reaksi wajah yang luar daripada kebiasaan dimana dia tersenyum lebar saat mendvkung isterinya itu.

Pertama kali tengok Amirul macam ni!

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka apabila dapat melihat suami kepada pelakon itu memberikan senyuman yang begitu ikhlas buat pertama kalinya.

Sumber: TikTok @itsainedruce, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook