Azie Mula Buka Mulut Ded4h Bagaimana Dia Diselamatkan Dan Tempatnya Disor0k

Selepas tiga minggu didakwa ‘dil4rikan’ tiga lelaki sebelum ditemukan polis, ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azie dipercayai tiba di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat dari Kuala Lumpur, malam tadi.

Ejen kosmetik yang dicvlik hingga dibawa lari ke Thailand buat pertama kalinya kelihatan menangis teresak-esak di rumah keluarga suaminya di sini sebentar tadi.

Azi,36, diselamatkan daripada pencvlik di Thailand hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Polis Thailand Jumaat lalu. Selama 19 hari wanita itu dicvlik dan hari ini Azi dipertemukan kembali dengan ahli keluarga dan anak-anaknya.

Kelihatan Azi menangis sambil memangku seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

Azie kini di pangkuan keluarga

Menurut sumber, wanita itu kini sudah bertemu dengan ahli keluarga di rumahnya yang setia menanti kepulangannya sejak hari pertama kejadian wanita tersebut ‘dil4rikan’ pada 13 September lalu.

Azie atau nama sebenarnya Rosnazirah Mohd. Naim, 36, dipercayai dihantar anggota polis ke rumahnya selepas beberapa hari berada di Bukit Aman.

Azie cerita dimana dia disorok dan bagaimana diselamatkan

“Setiap hari ketika dalam tah4nan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim.

Rosnazirah, 36, yang dicvlik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam.

Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi pencvlikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (dicvlik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takvt.

“Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.

“Sepanjang dit4han, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebvsan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.

Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini.

Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar dit4han di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.

Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang mencvliknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.

“Dalam hati, saya ada juga ingin menj3rit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘pan4s’ disebabkan berita mengenai pencvlikannya tersebar luas.

Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada pencvlik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.

“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan dit4han oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes pencvlikan menyebabkan kami semua dit4han dan saya dibawa ke depot tah4nan imigresen.

“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.

Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa travma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: K! Online, Utusan Online, HM