Walau Dah Ada Anak, Fatin Afeefa Dipuji Kekal Ramping

Wow, macam kerengga! Kelu dibuatnya bila dapat tahu pelakon cantik, Fatin Afeefa miliki ukuran pinggang sekecil 24 inci. Dah macam ukuran pinggang anak d4ra sedangkan dia sebenarnya dah bergelar seorang ibu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Woke up this morning feeling surreal! I finally hit 24 inch waist today! Baby pooch is still there but Im working on it 👀 Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course, pakai #sexycurve 8 jam sehari. Mostly time tidur. Nak lagi best, sapu hot lotion 🥰 @sexycurve_

A post shared by Khaleesi (@fatinafeefa) on

Afeefa yang mula dikenali ketika membintangi filem kanak-kanak popular, Tentang Bulan ini berusia 24 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak. Anak sulung lelakinya iaitu Adam Aisy Arrian kini berusia 7 tahun. Manakala anak perempuan Ivy Herra Sophia berumur 4 tahun.

Kalau tengok susuk tubuh langsing Afeefa ni, mesti tak percaya statusnya yang sudah beranak dua.

Mungkin ramai berpendapat usia Afeefa yang masih muda membuatkan ibu ini mudah memiliki bentuk tubuh menawan dan cantik. Hakikatnya, tanpa usaha dan gaya hidup sihat pasti yang muda pun terdedah kepada obesiti dan masalah berat badan.

Terbuka berkongsi amalan yang dipraktikkan untuk mendapat ukuran pinggang ideal, ini jawapan Afeefa yang ditulis di laman Instagram miliknya.

“I finally hit 24 inch waist today. Baby pooch is still there but I am working on it. Fa punya routine everyday is lots of oblique and abs workout. Planking too! And of course pakai S3xy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur.”

Jadi lepas ni, sesiapa yang berniat untuk kembali ramping lepas bersalin… bolehlah tiru petua cantik Afeefa. Yang penting, kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Barulah minda dan fizikal tenang!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Fatin Afeefa via MediaOhsem