Dari Menyanyi, Berlakon Sehinggalah Jadi Hos GV9, Kini Elly Mazlein Dpt Lagi Tawaran Lumayan “Alhamdulillah Syukur .. Sy tidak hebat mana”

Penyanyi, pelakon dan hos, Elly Mazlein bakal berada di konti Era.FM bagi mengendalikan segmen Carta Era 40 bermula Selasa.

Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi Era.FM pada Sabtu.

“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys.

“Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh #sharERA,” kapsyen yang tertera menerusi hantaran berkenaan.

Elly yang juga hos Gegar Vaganza musim k3sembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut berkongsi perkara sama di Instagram sambil menitipkan ucapan terima kasih atas kepercayaan.

“Alhamdulillah Syukur .. Sy tidak hebat mana .. Sy cuba jalankan tugas yg telah diamanahkan sebaik mungkin .. Sy tak pandai bermadah dan apatah lagi nak bagi tip ,tiberrrrrrr …katenye dah deleted, Ehhhh .. Cuma yang sy pandai adalah , Menjadi Pencuri .. Iaitu Pencuri hati chuollllll la dikkkk .. Ok Jgn lupa dating dgn Kepom di #CartaEra40 hokeyyyy” kongsi Elly di ig rasmi milik beliau

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas bidang baharu yang bakal digalas Elly minggu hadapan di Era.FM.

Elly Mazlein Ucap Salam Takziah Buat Nabil, Ulas Kemungkinan Hos Gantian GV9; “Saya Okay, Cuma…”

Dalam pada itu, Elly Mazlein mengucapkan salam takziah buat rakan hosnya di Gegar Vaganza musim k3sembilan (GV9), Nabil Ahmad atas pemergiaan bapa Ahmad Haji Ismail kira-kira jam 2.00 petang tadi akibat kompilkasi jantung.

Elly ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu mengenai berita mendukacitakan itu menerusi hantaran yang dibuat rakan artis, Sharifah Shahirah menerusi Instagram.

“Al-Fatihah dan salam takziah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat ‘posting’ daripada Sharifah Shahirah.

“Saya ada kirimkan ucapan menerusi WhatsApp dan dia ada membalasnya. Apa pun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua uruasan dipermudahkan.

“Tiada apa yang saya harapkan selain mendoakan yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah tiada,” katanya kepada MH.

Elly kini berada di lokasi penggambaran drama Kampung People 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

“Elly Mazlein Seorang Yang Mewarnakan Pentas,” – Pak Nil Sentuh Cara ‘Agresif’ Elly Di GV9, Ulas Isu Orang Banding-Bandingkan

“Saya Tak Kisah Pun Siapa Yang Menonjol Tapi…,” – Nabil Ulas Energi ‘TipTop’ Elly Mazlein

“Kami Akan Ambil Maklum Setiap Komen…,” – Menari Keluar Masuk Di Tengah Pentas, Aksi Elly Mazlein Didakwa ‘Kacau’ Persembahan, Ini Kenyataan Penganjur

Mengulas kemungkinan akan ada hos gantian bagi menggantikan Nabil Ahmad pada konsert GV9 minggu keempat Ahad ini, Elly belum dapat kepastian mengenainya.

“Berkenaan perkara itu, saya tidak dapat nak pastikan kerana belum mendapat apa-apa makluman daripada pihak produksi. Saya memahami situasi dan jujurnya terbuka untuk bergandingan sesiapa saja sekiranya Nabil tidak dapat bersama kita.

“Asalkan rakan hos sama-sama membantu beri kerjasama bagi melancarkan perjalanan program hingga ke akhirnya. Saya okay sahaja. Cuma, saya pun tak pasti akan ada (Ahad ini) atau tidak. Apa-apa pun, kita tunggu nanti,” katanya lagi.

Elly Mazlein tak sangka jadi ‘trending’

Kelincahan serta ‘kegedikan’ Elly Mazlein, 42, sebagai pengacara baharu Gegar Vaganza (GV) musim ini bersama Nabil Ahmad mencuri perhatian dan mendapat pujian ramai sehingga ‘trending’ pada konsert pertama semalam.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia sebenarnya memang gementar memandangkan jenama GV itu sendiri sudah terlalu besar serta berat tanggungjawabnya.

“Memang gementar sampai nak pitam. Saya ambil tempat orang yang mana DNA GV ini, orang tahu macam mana Nabil dan Jihan serta produksi program ini. Saya seperti jiran baharu yang nak masuk rumah baharu.

“Jadi, saya nekad buat cara sendiri, turuti kemahuan GV. Satu hal yang membantu juga adalah saya kenal semua bintang-bintang bertanding. Jadi saya nak usik-usik pun tak malu.

“Saya pun masih bertatih dan paling risau penerimaan penonton. Oleh itu, saya buat saja yang terbaik. Itu pun periuk nasi kita. Takkan saya nak buat ala kadar,” katanya.

Elly juga berharap tenaga yang dipamerkan dan dipuji semalam dapat dikekalkan sehingga ke penamat GV musim sembilan kali ini.

“Macam dalam kelaslah. Kalau nak nombor satu, buat kerja rumah lebih. Saya buat sehabis baik kerana GV semua orang tahu dari musim pertama sampai lapan.

“Tugas itu agak berat sebenarnya kerana nak kekalkan momentum GV yang mana semua orang tertunggu-tunggu. Saya jadi saja diri sendiri,” katanya.

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein di Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) minggu pertama yang diadakan di Auditorium MBSA. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Terdahulu, nama Elly menjadi ‘trending’ di media sosial berikutan cara dia mengacara begitu mencuit hati.

Malah, dia juga tidak dibandingkan dengan sesiapa dan k3serasiannya dengan Nabil sangat berjaya.

kredit: mh

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  https://dailybdbarta.com/