Pelakon Rita Rudaini mended4hkan ada individu yang bersifat d3ngki dengan dirinya sehingga menganggu hidupnya sekeluarga.
Memetik temu bual program Melodi TV3, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar berkata terdapat individu yang sanggup mencari rumahnya di kampung dan menganggu keluarganya.
“Masih lagi ada orang yang d3ngki sedangkan saya tak bersuami, tiada ‘job’, masih lagi orang d3ngki, kenapa ya?
“Saya tidak tahu, tetapi baru-baru ni ada orang yang tak dikenali cuba mencari rumah saya di kampung, dua kali datang siap tanya orang kampung.
“Malam-malam dia mer4yau, orang kampung tanya cari rumah siapa, individu itu cakap ‘rumah Rita Rudaini’ dan berkata ‘saya kawan Rita’.
“Keesokannya, ibu saya tengah menyapu sampah tiba-tiba ternampak katak hitam dah m4ti depan rumah, katak itu macam baru, hitam dan dah m4ti.
“Seminggu selepas itu pula, individu itu datang lagi ke rumah dengan mengetuk pintu hampir setengah jam, kemudian dia merayau di depan rumah sambil tengok sekeliling, ibu saya cakap rupa paras individu tersebut dalam keadaan elok,” ujarnya.
Pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga mended4hkan dia kerap bermimpi perkara-perkara burvk namun menganggap itu hanyalah mainan tidur dan hanya berserah pada Allah.
“Sebelum kejadian tersebut saya juga ada bermimpi tentang kejadian yang tidak elok, kerap sangat tapi saya hanya fikir mainan tidur tapi macam pelik.
“Saya juga nampak sesuatu kat rumah. Alhamdulillah hari-hari kami amalkan baca Al-Quran, kalau tuhan itu nak izin, jadi juga, kalau tak izin, maka tak jadi lah.
“Kami cuma serah pada Allah, kalau Allah dah izinkan, mungkin itu adalah ujian untuk kami,” ceritanya.
Disoal adakah Rita mengenali individu tersebut, Rita berkata dia tidak kenal dan terfikir individu itu tidak berpuas hati dengannya dari segi peribadi bukannya kerjaya.
“Saya tak kenal tapi kami terfikir mungkin orang ini ada tak pvas hati bukan daripada segi kerjaya, mungkin ada ‘personal’ lain yang s4kitnya hati tengok Rita Rudaini.
“Selagi Rita ada, dia rasa tak senang. Dia tak pvas hati secara dalaman dengan saya, kalau boleh dia nak Rita Rudaini lenyap, jadi dia rasa lega.
“Saya ‘frust’ sangat sebab saya tak pernah cari fasal dengan orang, saya tak kacau hidup orang, saya ‘frust’ dengan perangai orang, nak kata saya takvt, tidak. Tuhan nak izinkan, maka jadilah.
“Kalau jadi apa-apa kat anak-anak aku…saya cuma risau sekarang kalau orang nak buat jah4t dekat saya, takvt terkena dekat orang sekeliling.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memberitahu dia sering ternampak kelibat di rumahnya namun lebih selesa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pendinding.
“Saya juga cerita kepada anak yang saya ternampak kelibat dan berpesan supaya sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran.
“Rasanya lebih afdal kalau kami sendiri yang amalkan dan baca ayat-ayat tertentu, biar pendinding itu saya sendiri buat lebih afdal,” katanya.
Rita juga menegaskan dia tidak akan memaafkan sesiapa yang pernah melvkai hatinya dan anak-anaknya.
“Yang memburvkkan saya, saya masih ingat lagi bila saya kena ‘troll’ dengan netizen. Saya tidak hairan dengan semua itu.
“Saya memang pend3ndam, apa yang orang buat kat saya, saya akan ingat sampai m4ti. Saya sejenis orang yang kalau dah carikkan hati saya, sorry saya takkan maafkan, mana tahu Tuhan nak bukakan hati saya dan lembutkan hati saya untuk maafkan, ya, tapi buat masa ini, tidak.
“Sesiapa yang telah merob3kkan hati saya dan anak-anak saya, tidak akan saya maafkan,” tegasnya.
Sumber :xtra
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook