“Dibayar RM40,000 Untuk Mengacara” – Nabil Tep1s Dakwa4n ‘Saya Tak Berani Letak Harga Macam Tu’

Baru-baru ini, tul4r sebuah video yang memaparkan senarai selebriti yang mendapat bayaran termahal sebagai pengacara telah meraih perhatian net1zen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang amirul di laman TikToknya, terdapat tujuh orang selebriti yang disenarai pendek telah mencetuskan reaksi dalam kalangan netizen.

@wanamirul771 top7 bayaran pengacara/host selebriti… kita layan part 1 dulu ya… #viraltiktok #keluargamalaysia #fwaipie #sukasuka #malaysia ♬ original sound – wan amirul

Dalam video tersebut, pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dikatakan menjadi pengacara selebriti yang mendapat bayaran termahal di Malaysia.

Namun begitu, dakwa4n yang dilakukan oleh individu tersebut telah ditep1s oleh Nabil yang memaklumkan dia tidak pernah dibayar dengan jumlah setinggi itu sepanjang kariernya dalam industri seni.

“Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri.
“Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu,” katanya.

Bukan itu sahaja, Nabil yang juga merupakan pengacara program Gegar Vaganza musim k3sembilan turut menjelaskan dia tidak berani untuk meletakkan nilainya terlalu tinggi dan lebih mementingkan kepuasan hati klien berbanding bayaran yang diterimanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay.
“Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” jelasnya.

Malah, pengacara yang berusia 39 tahun itu turut menegaskan dia akan meletakkan bayaran pada aras sederhana sahaja dan menjalin hubungan yang baik dengan pihak lain adalah keutamaan dalam kerjayanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro, omm