Berita kehamiilan keenam pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dikatakan berisiiko tinggi kerana kesemua cahaya mata yang dilahirkan adalah menerusi pembed4han.
View this post on Instagram
Memetik laporan mStar, Rebecca memberitahu berkemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamiilan itu bagi mengurangkan risiko semasa bersalin.
“Sebenarnya di sebalik berita gembira ini, saya dan suami perlu menerima hakikat bahawa kandungan kali ini sangat berisiiko untuk saya.
“Esok (hari ini) kami akan berjumpa dengan pakar s4kit puan untuk mengetahui sama ada kandungan ini boleh diteruskan atau pun tidak,” katanya.
Menurut Rebecca, risiiko tersebut akan menyebabkan kemud4ratan terhadap diri termasuk risiko kem4tian ketika bersalin.
“Sekiranya saya pilih untuk meneruskan kehamiilan ini, bayi akan selamat tetapi saya tidak.
“Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pemeriksaan dan keputusan yang akan diberitahu doktor nanti,” ujarnya.
Tambahnya, dia mengakui sangat teruja apabila disahkan hamil walaupun tidak menyangka bakal menimang cahaya mata lagi.
Selain itu, Rebecca tidak kisah mempunyai anak yang ramai kerana dia memang sukakan kanak-kanak.
“Saya pada awalnya terkejvt juga kerana tak merancang untuk hamil. Tetapi ini semua rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya tak kisah mempunyai ramai anak kerana rumah saya sekarang pun dah macam sebuah tadika,” katanya.
Sementara itu, pelakon ini memohon agar peminat mendoakan agar kandungannya berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang masalah.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Raeggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Sumber: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook