Gambar Baby Bilal Terseb4r, Neelofa Ters1nggung

Sejak semalam, telah digembar gemburkan tentang wajah anak Neelofa iaitu baby Bilal yang dimuat naik di sosial media oleh seornag individu. 

Hal ini mendapat reaksi dari ibu kepada baby Bilal sendiri iaitu Neelofa, 33 tahun. 

Sebagai seorang ibu yang menjaga privasi anak, Neelofa ternyata terkilan dan juga tersinggung dengan perbuatan berkenaan. 

Sememangnya Neelofa tidak menutup wajah anaknya jika keluar di khalayak, tetapi tindakan sampai merakam dan sebarkan foto seseorang anak, tanpa izin dari keluarga merupakan tindakan yang tak horm4ti privasi seseorang. 

“Saya ni sebagai ibu, dah tentulah tersinggung dengan perbuatan itu. Jika diluar, dan ada orang yang nampak, tak apa, tengoklah. Namun sampai nak rakam dan sebar, itu seakan tak horm4ti kami.” 

“Sememangnya kalau di luar saya takkan halang, saya pun tak akan sorok-sorokan wajah dia, Bilal.”  

“Patutnya, berilah saya, sebagai seorang ibu yang melahirkannya, yang sepatut buat benda ini (tayang wajah Bilal). Lagipun, memang dah merancang dengan suami sampai masa yang sesuai. Kita mahu menjadi orang pertama yang tunjuk wajahnya. Akan sampai masa itu.” 

Seringkali jadi bahan media dan buah mulut orang ramai, Neelofa akui dah penat dengan isu wajah anaknya itu. 

“Kenapa ada yang tetap hendak menjadi orang pertama?

“Saya juga akan bercuti dan melancong dalam tempoh terdekat. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.

“Saya dah penat bila cakap tentang anak saya, Bilal, memang dah banyak sangat keluar artikel. Saya memang selalu saja ada banyak majlis, program, di luar dan sekirannya orang ramai nampak dan terserempak, dan tengok, tak mengapa, tak akan nak sorok.”

Terdahulu, wajah bayi yang didakwa sebagai Bilal tersebar apabila seorang pengguna aplikasi TikTok memuat naik video.

Video yang dirakam secara curi-curi itu dipercayai diambil ketika pasangan popular berkenaan berada di sebuah klinik, baru-baru ini.

Menurut individu tersebut, dia terjumpa keluarga kecil itu di sebuah kaunter premise kerajaan dan bayi itu pula sedang didukung Neelofa di sisi suaminya.

“Bilal comel, nampak dalam gambar pun dah gebu. Dah macam muka Afwa anak TokTi (Datuk Seri Siti Nurhaliza) pun ada, tapi iras-iras sepupu dia, Jebat Jayden,” kata individu berkenaan.

Itulah komen dari Neelofa tentang foto yang menunjukkan wajah baby Bilal semasa Neelofa mendukungnya ketika dikatakan berada di sebuah pusat perubatan. 

Neelofa melahirkan Bilal pada bulan Mac 2021, hasil perkahwinannya dengan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pencetus Ummah Riz.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH