‘Begitu lama saya tag Radzi, baru sekarang hendak jumpa?’ – Cikgu Fadli

PETALING JAYA – Penyandang jawatan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mahu berjumpa guru yang mendkwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masa.lah silibus aras tinggi bagi subjek matem4tik dan isu beg berat murid.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan, Mohd. Fadli Mohamed Salleh.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Fadli mendak wa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Beliau yang juga guru Matem4tik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan bahawa beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertu duhan.

Beliau juga ditu duh memuat naik hantaran di Facebook mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun Satu dan menerusi pertuduhan ketiga, beliau didakwa mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia khususnya subjek yang terlalu banyak.

Membalas hasrat itu, Mohd. Fadli mempersoalkan mengapa baru sekarang Mohd. Radzi ingin berjumpa dengannya sedangkan dia telah memperjuangkan mengenai isu tersebut sejak sekian lama.

“Beliau ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut. Baru malam ni beliau respon sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini, saya komen di post beliau, saya komen di page KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali. Baru malam ini ada respon.

“Kenapa agaknya baru malam ini? Bukan masa saya dipanggil unit integriti tahun lepas? Bukan masa saya tag dan komen pada post beliau dan post KPM berkali-kali sejak bertahun lama?

“Rasanya sebab kebangkitan rakyat. Rakyat ma.rah sebab isu ini melibatkan anak-anak mereka juga. Orang ramai marah sebab KPM nak buang kerja kerana kejujuran saya,” katanya.

Mohd Fadli mendakwa, sebelum bertindak bersuara di media sosial, beliau terlebih dahulu menggunakan saluran disediakan KPM, namun tiada respons.

Mengikut surat itu, bagi ketiga-ketiga perbuatan berkenaan, Mohd Fadli boleh ditafsirkan sudah mel4ngg4r Peraturan 19(1)(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada k3semua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat terbabit.

Mohd Fadli juga memaklumkan sudah pun mengambil khidmat peguam bagi memperjuangkan nasibnya yang hanya bersuara untuk masa depan sistem pendidikan lebih baik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Utusan Online, Kosmo, Harian Metro, FB Mohd Fadli