Anggun Di Usia 49 Tahun, KUZA Ded4h Ini Yang Diamalkan

Terpesona dengan kejelitaan Kuza. Baru-baru ini, pelakon cantik tersebut menyambut ulang tahun kelahiran ke-49. Diam tak diam, dekat 50 tahun dah usia Kuza. Tidak dinafikan aura dramatis ini masih memikat sampai sekarang.

Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga, Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih mesra dengan panggilan Kuza masih kekal menyerlah.

Bersempena hari lahirnya, Kuza turut berkongsi ucapan syukur di media sosial.

“Wishing myself the happiest of birthdays. On this special day, I just want to thank you Allah for the priceless gift of life that He has given me and for the wonderful people He has put in my life.”

Disifatkan seorang wanita berjiwa sederhana, Kuza dalam temu bual bersama Nona suatu ketika dulu sudi berkongsi pengalaman hidupnya agar dapat dijadikan inspirasi buat peminat.

Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Kuza, pasti mengagumi personaliti dan wajah cantiknya. Mencecah usia 49 tahun, Kuza masih anggun dan cantik dalam kelas tersendiri.

Ditanya bagaimana dia memelihara kurniaan Allah itu, tiada apa yang mampu diucapkan selain mensyukuri nikmat yang diberi kepadanya.

“Sebenarnya tak ada apa-apa rahsia tampil awet muda pun. Saya bersyukur, alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.

Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi untuk stamina supaya kita tak cepat letih. Jadikan senaman ini macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga. Ibadah pun jangan lupa.”

Dalam kesibukan sebagai pelakon, Kuza berani melangkah setapak ke hadapan apabila menceburi bidang perniagaan tudung. Khabarnya, tudung jenama Kuza Scarf mula dijual sekitar Oktober tahun lalu. Pelbagai rekaan menarik dan menepati cita rasa para hijabi masa kini. Tahniah!

Sentiasa cekal menghadapi detik sukar sepanjang bergelar ibu tvnggal, Kuza bagaimana pun enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Nona