Sejuk tengok peribadi dan perwatakan Irma Hasmie. Memulakan karier seni sebagai model dan pelakon, fokus Irma hari ini lebih tertumpu kepada aktiviti dan misi kemanusiaan.
Menjadikan kebajikan masyarakat khususnya wanita dan kanak-kanak sebagai keutamaan, Irma kini menyandang tugas sebagai Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia dan Ikon Media sumbangan.com. Alhamdulillah!
Di sebalik kesibukannya mengurus keperluan keluarga dan anak-anak yang masih kecil, wanita berusia 40 tahun ini sedaya-upaya memanfaatkan masa dengan usaha meringankan beban insan kurang berkemampuan.
Dalam masa sama, menyampaikan dakwah dan mendidik masyarakat ke jalan diredai Allah SWT.
Salah satu posting Irma yang menarik perhatian Nona ialah mengenai kesederhanaan dalam pelbagai aspek.
“Harus sabar dan sederhana namun kadang-kadang svlit untuk dijalankan adalah ketika kita merasakan hal yang tidak enak, maka jangan pernah bersangka burvk kepada Allah. Setiap ujian itu boleh jadi agar kita boleh menaiki tangga yang lebih lagi.
Sukar ya memang sukar, tapi bila kita saling berjemaah MashaAllah hasil ya luar biasa, tanpa sedar mur4m berganti senyum, penat lelah seakan pudar diubati semangat.
Terima kasih semua. Allah pasti ada ganjaran berserta kasih sayangNya buat kalian di kehidupan seterusnya.”
Berkongsi mengenai rutin kecantikan,
“Kebersihan adalah perkara pertama, kemudian penjagaan rapi mengikut kesesuaian produk yang diambil untuk diri. Saya tidak terlalu mengikut trend sehingga menggunakan produk yang tidak bersesuaian dengan kulit sendiri.
Sebagai wanita yang berhijab kita juga perlu menjadi contoh dan menjaga kecantikan. Antara akhlak-akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW adalah dengan menjaga penampilan diri Baginda SAW di hadapan khalayak ramai.
Hal ini termasuklah bagaimana fesyen baginda ketika berpakaian. Jadi kita sebagai umatnya juga perlu menjaga penampilan tidak kira wanita mahupun lelaki.
Ketika diajukan pertanyaan, bagaimana mahu memelihara kecantikan tetapi tetap patuh syariah? Jawabnya,
“Adakah salah untuk kita berfesyen? Allah SWT suka hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah SWT menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah.
Nabi SAW tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen malah Baginda SAW menerangkan bahawa Allah SWT itu sifatNya cantik dan sukakan kecantikan. Tetapi Nabi SAW melarang kalau seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkvh dan somb0ng pada masyarakat sekeliling.
Walaupun kita ada kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh pakai apa saja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila. Islam ada garis panduan bagi seseorang Muslim mahupun Muslimah dalam berpakaian seperti menjaga avrat, tidak jarang dan ket4t serta fesyen yang keterl4luan,” tutur Irma Hasmie.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Nona