Bapa Kongsi Keadaan Terkini Ainul Mardhiah

Lama tak dengar khabar adik Ainul Mardhiah. Selepas melalui fasa krit1kal Ogos lalu, Ainul yang kini berusia 4 tahun dah mula kembali aktif menjalani kehidupan seperti biasa. Seolah-olah ada satu kekuatan buat Ainul mel4wan s4kitnya sebelum ini.

Terbaru melalui perkongsian mama Ainul di instagramnya, Nurul Erwani berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan anak sulungnya itu kepada orang ramai.

“My princess (Puteriku). Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria. Cuma kadang-kadang tu kalau bad mood (emosi tidak baik), meng4muk sampai baling barang. Berat pun makin naik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Alhamdulilah, makin sihat dah adik Ainul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan adik Ainul yang terkini dan mendoakan agar kanak-kanak tersebut sentiasa di bawah lindungan Allah.

“Alhamdulillah.. moga Ainul terus kuat, terus sihat. Alhamdulillah syukur dan semoga Allah permudahkan segala urusan Ainul sekeluarga..amin

“Gembira tengok Ainul. Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ye Ainul.”

“Terus sihat anak solehah Mama dan Walid”

“Alhamdulillah… happy tengok senyuman Ainul”

Sementara itu, di Facebook walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia memaklumkan yang Ainul padat dengan jadual temujanji doktor untuk melihat perkembangan kesihatannya selepas kesihatannya mer0sot baru-baru ini.

“Minggu ni, minggu depan, minggu satu lagi pack jadual Ainul. Kena lapor diri jumpa doktor-doktor. Hari ni ambil dar4h dan jumpa pakar kanak kanak.

“Next nak jumpa surg1cal, ENT, speech, dietition, dan banyak lagi. Padat betul bulan ni.

“Alhamdulillah Allah SWT dah susun dah jalan hidup kita. Allah SWT atur saya bekerja sendiri (Asarmart). Jadi alhamdulillah saya ada masa yang flexible utk uruskan rawatan dan terapi Ainul,” katanya.

Tambah Safiuddin lagi, ibu bapa di luar sana yang ada anak berharga seperti ini, saya doakan urusan seharian anda dipermudahkan, Allah SWT limpahkan rezeki, cukupkan rezeki, beri anda kesabaran dan ketabahan dan paling utama kesihatan yang baik untuk anda. Kalau kita s4kit, sapa nak jaga anak kita kan. Jadi, tolong jangan s4kit tau. InshaAllah.

Terdahulu, Nurul Erwani Zaidi memberitahu anaknya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangk1tan telah mereb4k ke seluruh tubuh.

Untuk info pada 2019, kisah pender1taan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembed4han di London, United Kingdom bagi membuang tum0r seberat 200 gram daripada mulutnya.

Sumber: Instagram nrlerwani & FB Ahmad Safiuddin, Pa&Ma

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook