“Ayah Tak Pernah Ada Untuk Saya” – Cik B

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ada memuat naik video trend di TikTok menggabungkan gambar-gambar bersama ibunya semasa kecil.

Menerusi video tersebut, Cik B dilihat meluahkan perasaan bahawa bapanya tidak pernah ada bersamanya melainkan ibunya.

“Ayah saya tidak pernah ada untuk saya,” tulisnya.

Video:

@cikb_havoc Behind every cool kid like me there is an incredible mom like you:) #fypシ #fyp #mom @QU PUTEH BARULAH PUTEH ♬ original sound – EX7STENCE™

Dalam pada itu, Cik B juga mengatakan bahawa disebalik seorang anak yang ‘cool’ sudah pasti mempunyai ibu yang hebat dan luar biasa.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami luahan hati remaja itu serta ada yang berkongsikan berdepan pengalaman sama.

Tahun lalu, Mahk4mah Tinggi Syariah memutuskan Vida mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Mahk4mah turut memberi hak kepada kedua anaknya membuat keputusan untuk bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya