Penyanyi Awi Rafael mengesahkan harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadulakan berlangsung pada Ahad ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.
“Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia & Awi sekeluarga sudah pun bersiap sedia untuk Ahad ini. Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu.
“Namun, Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahlah, Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa.
“Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Thank You to all my friends tahat have been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that have booked flights.
“Thank You for calling me. To co-sponsors for e wedding. Cake & food etc, don’t worry I will call you too. We can give it to the children’s orphanage.
“Kepada rakan-rakan media, thank you kerana selalu memberi support kepada Awi dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kepada dia seperti yang kami semua dapat lihat sejak kami bertunang.
“Namun untuk Awi,Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah,” tulisnya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.
Sebelum itu ini kisah Awi Rafael Kenal Atikah, Sewaktu Menjadi Kekasih Hanez Suraya
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafeal berkata dia mengenali Atikah Suhaimi ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya sebelum aktres itu berkahwin pada 2015.
Bagaimanapun Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, memberitahu hubungannya dengan Atikah semakin serius sejak itu
“Sebenarnya saya kenal Atikah dah tujuh ke lapan tahun lalu. Ketika itu saya masih kekasih kepada Hanez Suraya.
“Sejak itu, kami semakin serius dan mengambil keputusan untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya,” kata Awi kepada mStar Online.
Hanez Suraya semakin sunyi dari dunia seni. Foto Instagtram @hanezsuraya
Awi ditemui ketika sidang media Gema Gegar Vaganza Musim Kedua di Hotel Istana pada Rabu.
Tambah Awi, sifat penyabar dan tenang serta sentiasa positif yang ada pada pelakon itu membuatkan hatinya terpikat.
“Atikah ini seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya. Dia juga sentiasa positif dan sifat-sifatnya itu membuatkan saya terpikat,” ujarnya.
Kedua-dua mereka berasal dari Singapura.
Dalam pada itu, Awi juga ada mencipta sebuah lagu istimewa berjudul Rahasiaku untuk buah hatinya itu.
Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal berkahwin tidak lama lagi.
Lagu tersebut juga merupakan salah satu lagu di dalam album terbaru Euphoria yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Lagu terbaru Rahasiaku itu sangat istimewa buat saya kerana ia dicipta dan ditujukan khas untuk Atikah.
“Malah, ia juga salah satu lagu dalam album terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam album itu mengandungi lapan buah lagu,” katanya.
Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac lalu yang mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tiada laporan mereka bercinta.
Pasangan tersebut melangsungkan pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura dan akan melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac tahun depan.
VIDEO :
https://youtu.be/PV64cdrcnrg
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak