Keserasian pelakon jelita dan kacak iaitu Adam Lee dan Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, dalam drama lakonan mereka bersama membuatkan ramai peminat ‘restu’ dan selepas menjalin hubungan cinta tiga tahun kedua-dua pelakon ini mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, kelmarin pula pasangan ini membuatkan ramai peminat gembira kerana kedua-dua pelakon ini memuat naik foto majlis berinai kepada umum dengan bertemakan Jawa.
Ramai yang memberikan pujian terhadap kecantikan Sweet Qismina yang terserlah dalam busana tersebut. Pun begitu, dia juga mengumumkan di media sosial miliknya bahawa dia dan Adam Lee akan disatukan pada hari ini. Pemilik suara lagu, Namo ini juga mengharapkan doa baik orang ramai untuk majlisnya itu.
Teka-teki tarikh perkahwinan akhirnya terjawab setelah pelakon Sweet Qismina dan aktor Adam Lee selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, pada pagi Isnin.
Hanya sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar suami isteri setelah tiga tahun bercinta.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 10.40 pagi tadi di The Boathouse, Ampang dan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25 menerima mas kahwin sebanyak RM2,410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Majls pernikahan pasangan ini dihadiri kira-kira 100 tetamu jemputan terdiri daripada kedua-dua belah pihak, rakan terdekat dan media.
Difahamkan, majlis kesyukuran akan diadakan pada tengah hari ini bagi meraikan pasangan pengantin baharu.
Dalam video live dikongsikan itu juga, pelakon jelita itu turut seb4k selepas sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya.
Terdahulu, semalam berlangsungnya majlis kesyukuran dan Jumaat lalu Sweet dan Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.
Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: OMM, HCL, Ohbulan