“Penerbangan 13 Jam..” – Anis Dato’ Rosyam Kongsi Momen Bawa Anak Kecil Ke Istanbul

Selebriti media sosial, Nur Anis Dato Rosyam Nor berkongsi momen percutian ke Istanbul bersama cahaya mata sulungnya, Muhammad Raees Mikael yang kini berusia 11 bulan.

Anak kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal Dato’ Rosyam Nor ini turut berkongsi beberapa pengalaman yang dilaluinya sepanjang percutian di Istanbul, Turkey.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AnisKiss . (@_aniskiss)

Menurutnya, ini kali pertama dia membawa bayinya yang ketika itu berusia 8 bulan bercuti ke luar negara dan mengambil masa yang lama untuk sampai.

“Memang saya gemar bercuti bersama keluarga. Tahun ini turut melancong ke Istanbul, Turkey. Ini kali pertama Anis bawa anak dan first time juga bercuti lepas c0v1d-19”

“Waktu tu ada rasa gementar juga sebab kali pertama bawa anak naik kapal terbang dan penerbangan selama 13 jam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan anak pun tak meragam dalam flight serta sepanjang percutian.”

Memilih Istanbul sebagai tempat percutian buatnya dan putera sulung, Raees, dia mengakui ianya lebih mudah memandangkan sebelum ini Istanbul menjadi pilihan untuk percutian bersama keluarganya.

“Pergi Istanbul memang sengaja pilih tempat yang pernah pergi untuk tak rasa macam hassle sangat nak kena cari tempat makan, tempat berjalan semua sebab rasanya kalau bawa baby ni memang susah sedikit. So kena cari destinasi yang kita biasa supaya tak rasa penat sangat dan terbeban”

Anis turut berkongsi beberapa tip berdasarkan pengalamanya ketika bercuti bersama anak kecil.

“Kalau nak berkongsi tip bawa anak kecil bercuti, Anis tak lah banyak pengalaman sangat tapi dari pengalaman hari tu, makanan kena sentiasa ready”

“Dalam flight kena make sure sebelum anak menangis, kita dah bagi susu dan makan supaya dia kenyang. Lampin kena tukar awal-awal, baju kena siapkan.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AnisKiss . (@_aniskiss)

“Paling penting kalau boleh, selalu bertukar-tukar (jaga anak) denga suami supaya tak penat sangat kalau long flight. Kalau mak je yang kena jaga memang penatlah mak tu. Kena bertoleransi”

Sumber : pa & ma

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/