Selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Arabella Mia baru-baru ini, doktor pakar bed4h, Dr Amalina Bakri telah berkongsi ilmu penjagaan lepas bersalin setelah ramai yang bimbang akan dirinya sudah keluar bersiar-siar selepas empat hari melahirkan anak.
Menerusi perkongsian Dr Amalina di instagramnya, dia menjelaskan caranya berpantang adalah seperti yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sebagai seorang doktor.
“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan.
“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” tulisnya.
Menurut Dr Amalina, dia banyak mengamalkan pemakanan yang sihat serta melakukan aktiviti dan senaman ringan serta melakukan aktiviti seharian secara konsisten mengikut tahap kesihatan diri.
Pemakanan
Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Kurang garam, gula dan minyak Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.
“Selain itu, minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis seperti air boba, milo.
Aktiviti seharian
Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu.
Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut.
Anda digalakkan untuk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendar4han (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat. (Baca link di IG story tentang senaman). Pakai compression TED stockings untuk elak blood clots.
Jaga bahagian perineum
Basuh dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan dan lap lvk4 sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam cotton dan ambil ubat penahan sak1t (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation.
👉🏽Buat kegel exercise untuk menguatkan otot p3lvis.
👉🏽Elak hubungan sekks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
Kesihatan ment4l
Jaga kesihatan ment4l, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga.
Di akhir perkongsiannya, Dr Amalina mengingatkan gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.
Kredit: IG Dr Amalina Bakri
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Pa&Ma