Seb4k! Ayah R4mpas Belon Anak Sulung Beri Pada Adik. Perkongsian Pakar Psikologi Ni Deep, J3ntik Hati Ibu Ayah!

Anak sulung cinta pertama kita sebagai ibu ayah, daripadanya kita cuba belajar menjadi ibu bapa yang terbaik dan kita semua akui anak sulung jugalah tempat kita berg4ntvng harap untuk membantu menjaga adik-adiknya.

Pun begitu sedar atau tidak, dalam kita merasakan bertuahnya anugerah anak sulung ini dalam hidup kita, namun kerapkali terjadi kita jugalah yang membuatkan anak sulung merasa tersisih. Dalam diam, jiwa anak sulung ‘dilvkai’ oleh tindakan ibu ayahnya sendiri.

Tak Sangup Lihat Anak Kecil Menangis

Baru-baru ini tul4r satu perkongsian video di TikTok yang memberi impak kepada orang ramai. Meskipun kisah ini macam biasa sahaja namun kesannya menyentuh ke hati dan menyedarkan ramai pihak terutamanya kita yang bergelar ibu dan ayah.

Kisahnya adalah berkenaan seorang ayah dikatakan mer4mpas belon kepunyaan anak sulung lalu diberikan kepada si adik. Jelas pemilik video tersebut, bila belonnya diambil untuk diberikan kepada adiknya, si kakak terus men4ngis kerana tidak rela berbuat demikian.

sed1h menyaksikan situasi tersebut, pemilik video yang juga merupakan pakar psikologi kanak-kanak terus bertindak dengan membeli belon untuk diberikan kepada anak sulung pasangan tersebut.

Lantaran tularnya video tersebut dengan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Dr Faiz Hayaza menerangkan kembali mengapa dia sanggup membelikan belon untuk anak orang lain. Ujarnya tujuannya satu, hanya berharap belon yang diberikan hari ini boleh mengubati lvka hati seorang anak.

Video:

@faiz.hayaza #repost #childmentalhealth #siblingrivalry #hargaianak #siblinggoals #psychology #childhoodmemories #childhood #childpsychology ♬ Tertawan Hati – Awdella

“Di sini saya ingin menjelaskan alasan saya melakukan hal tersebut. Kerana saya melihat seorang anak yang belonnya tiba-tiba diambil ayahnya, dan belon itu diberikan kepada adiknya dan si kakak men4ngis.

“Seringkali kita orang tua gagal mempertahankan hal-hal kecil yang dialami anak, padahal pengaruh masa kecil boleh terbawa sampai dewasa. Saya hanya berharap belon yang saya berikan hari ini boleh mengubati lvka hati seorang anak,” jelasnya lagi.

“Memang benar, sampai berbekas di hati cuma gara-gara basikal. Aku dulu dibelikan basikal lama kerana ibu ayah tidak mampu, tapi tiba-tiba adik aku dibelikan basikal baru. Bila teringat memang buat terasa hati.”

Video:

@faiz.hayaza #stitch with @AYA🙋🏻‍♀️ #psikologanak #innerchild ♬ Tertawan Hati – Awdella

Ini antara luahan hati netizen berkongsi kenangan di zaman kecil apabila bergelar anak sulung yang dilayan tidak adil oleh orang tuanya. Siapa sangka rupanya ramai akui berasa tersisih kerana ibu ayah sentiasa akan memberi keutamaan pada adik-adik yang lain. Anak sulung hanya diminta untuk beralah.

Komen netizen:

Sumber : keluarga.my

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.keramatviral.com/