Gara-gara Isteri Pandai Masak, Berat Badan Shahir Kini Naik Mendadak

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pelantun lagu Kebahagian Dalam Perpisahan, Shahir Zawawi, 34 mengakui bahawa dirinya begitu bahagia pada saat ini bersama isteri tercinta, Jaskin Jaludin, 30.

Berat badan kian bertambah

Memetik BH Online, Shahir memberitahu berat badannya kini naik mendadak kerana begitu bahagia serta memuji isterinya seorang yang pandai memasak.

“Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga. Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak.

“Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya.

Reda dengan penampilan sekarang

Ditanya adakah dia risau dengan penampilannya memandangkan berat badannya kini naik, Shahir berkata dia reda dengan fizikalnya sekarang.

“Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz. Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” katanya.

Tak merancang soal cahaya mata

Apabila sudah berkahwin, pasti tidak akan terlepas dengan pertanyaan mengenai cahaya mata. Shahir berkata dia tdan isteri tidak merancang dan menyerahkan rezeki zuriat kepada Allah.

“Semuanya bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang sama ada nak ada anak atau menangguhkannya. Jika rezeki cepat, Alhamdulillah.

“Kita berdoa mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki. Tetapi buat masa ini, belum lagi. Saya nampak seperti mengandung, tetapi tidak,” katanya.

Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin ddi sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya pada 3 September lalu.

Shahir telah mengikat tali pertunangan dengan wanita kelahiran Tawau, Sabah itu pada 16 Julai  selepas mengenalinya menerusi Instagram (IG) pada Aidilfitri lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH