Umrah Kali Kedua Bersama Suami, Datin Paduka Eina Azman Sempurnakan Nazar

Posting terbaharu pelakon Datin Paduka Eina Azman memperlihatkan dirinya kini berada di bumi Madinah mengerjakan umrah. Eina Azman mengerjakan umrah untuk menyempurnakan nazar buat kali kedua bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Kata pemilik nama lengkap Ainur Syakina Azman, ketika insan kesayangannya itu bert4rung dengan j4ngkitan Covid-19 sekitar Ogos tahun lalu, dia bernazar mahu kembali ke Tanah Suci selepas Kaiser sembuh seperti biasa.

“Tahun lalu saya ada bernazar untuk suami selepas kena ser4ngan Covid-19.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Jadi saya akan menunaikan umrah bersama suami untuk kali kedua.
“Di sini kami ingin meminta maaf kalau kami ada buat silap dan salah.
“Doakan kami selamat pergi dan pulang. Insya-Allah, semoga yang baik-baik untuk kita semua,” katanya.

Pelakon The Maid 2 itu berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran Instagram yang disertakan gambar mereka berdua di Masjid Nabawi. Kunjungan ke tanah suci kali ini turut diiringi oleh ibunya, Amy Roshaida.
Terdahulu, pasangan itu disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu yang juga hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.

Selain pemilik Eina, 27, dan suami, dua pembantu rumah mereka turut positif, namun Kaiser berdepan impak agak tervk apabila berada pada tahap empat.
Walau bagaimanapun anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, bagaimanapun beb4s daripada jangk1tan. Untuk rekod pasangan ini pernah mengerjakan umrah bersama keluarga pada tahun 2019 yang lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Nona