Gara-gara Rambut Pendek Macam Lelaki, ‘Guard’ Hal4ng Cik B Masuk Tandas Perempuan

Baru-baru ini, penampilan terbaru anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil berambut seperti seorang lelaki.

Bagaimanapun, disebabkan penampilan rambut pendeknya itu, Vida berkongsikan anaknya berdepan masalah untuk masuk ke tandas wanita.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menerusi satu perkongsian video, Vida menceritakan tentang tentang pengalaman anaknya, Cik B diihalang pengawal keselamatan.

Meskipun Cik B sudah masuk ke tandas  wanita, pengawal yang berada di luar masih tidak yakin sehinggakan Vida sekali lagi memberitahu bahawa anaknya adalah seorang perempuan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen menekankan tentang hukum wanita menyerupai lelaki termasuklah berlaku kekeliruan seperti insiden tersebut.

Malah, ada yang mengkr1tik Vida yang mengatakan sepatutnya seorang ibu tidak membiarkan Cik B menyerupai seperti lelaki atau serta mencadangkan supaya Cik B memakai tudung.

Sementara itu, dalam entri tersebut Vida turut menyertakan kapsyen memohon maaf kepada Cik B kerana salah memotong rambut anaknya. Terdahulu, Cik B memaklumkan rambutnya telah ros4k sehingga dia terpaksa memotong menjadi pendek.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya