Baru- baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang m4ngkat di Institut Jantung Negara (IJN). Kem4ngkatan baginda memberi kesan terhadap rakyat Malaysia terutama rakyat Pahang yang kehilangan seorang Sultan yang sangat dekat dengan rakyat.
Menerusi Facebook Rabi’atul ‘Adawiah Ghani berkongsi kisah keluarganya yang dibantu Almarhum Sultan Pahang pada tahun 2003 ketika ditimp4 musib4h. Kisah ini membuktikan baginda merupakan seorang Sultan yang sangat prihatin terhadap rakyatnya dan jasa pengorbanan baginda akan dikenang sampai bila-bila.
November 2003
Aku ingat lagi, masa tu aku kat Matrik Negeri Sembilan (KMNS) . Tengah lepak bilik member aku, tetiba roomate aku panggil bagitau telefon aku x benti bunyi, call Sms masuk macam apa je.
Bila aku naik , aku baca ramai org ucap takziah kat aku. Aku mula2 dapat tau yg kakak aku (Marsitah bt Ghani) men1nggal dunia . Accident dekat Gambang. Tapi aku x tau berita ni dari ibu ayah aku.
Bila aku call ibu, ibu cuma cakap kejap lagi makcik aku akan datang ambil aku bawak balik. Dalam perjalanan ke Maran, aku dapat tau yang sorang lagi adik aku (Norhafizah bt Ghani) men1nggal dalam accident tu jugak.
Sorang lagi adik aku (NurAsyikin bt Ghani) dekat HTAA Kuantan. Cedera parah di kepala.
Allah punya kuasa , masa adik mula-mula sampai dekat HTAA, bilik ICU penuh. Tong Oxygen habis guna sebab ada lagi kemalangan lain pagi tu yg melibatkan 6 keluarga.
Kebetulan masa tu, Baginda Almarhum Sultan Ahmad Shah ada kat situ. Tengah melawat keluarga yg kemalangan pagi tu.
Baginda Almarhum dapat tahu pasal adik. Baginda panggil Pengarah Hospital or Person In Charge masa tu. Baginda arahkan adik dipindahkan ke Hospital Swasta masa tu yg paling bagus kt kuantan – Kuantan Specialist Hospital , Alor Akar.
Baginda Almarhum punya ayat kat ayah :
“Xpa , jangan risau . Koi bayo”.
Baginda sempat tanya pada ayah. Ada duit belanja nak berbuka tak petang ni . Baginda terus seluk poket baju melayu dan keluarkan sejumlah duit.
Sekali seluk je , bila ayah tengok. Ada RM1,000.00 .
Tak cukup dengan tu, baginda Almarhum minta Tengku Mahkota, Tengku Abdullah (Yang dipertuan Agong sekarang) untuk datang ziarah kami sekeluarga kt rumah pulak.
Sekali lagi ada sikit bantuan yang Baginda hulurkan pada kami.
Bukan nilai duit yang aku nak cerita sekarang. Tapi nilai budi pekerti Raja (Baginda Almarhum) yang sentiasa dekat di hati Rakyat.
Raja yang peduli kan Rakyat nya.
Allah ambil kesayangan kami di bulan yang mulia. Allah hantarkan Baginda Almarhum kepada kami, dan buka jalan untuk selamatkan adik. Dan hari ni , Allah muliakan Almarhum Sultan pula.
P/s : Betul kata orang. Bila kita meningg4l dunia, hanya amalan kita yang tinggal sebagai bukti.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Rabi’atul ‘Adawiah Ghani via Cokelatputih