“Awak Lah B..” Dah Tak Sorok Cinta, Netizen Usik Akhyar Rashid Panggil Eyka Farhana ‘B’

Jika sebelum ini mereka menyembunyikan cinta, kini hubungan antara pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid dan pelakon Eyka Farhana dilihat semakin terbuka di media sosial.

Terbaru, pemain sayap negara berusia 23 tahun itu memanggil Eyka dengan gelaran istimewa sebagai ‘B’ sehingga mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Ia bermula apabila Akhyar memuat naik sebuah posting memaparkan dia mengenyit mata sebelum pelakon berkenaan bertindak men1ngg4lkan komen pada video tersebut.

@akhyar19rashid #CapCut ♬ original sound – Akhy@r@shid

“Kenyit mata kat siapa tu? Saya ke,” tanya Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi.
“Awak lah B,” jawab Akhyar ringkas.

Melihat perbualan mereka berdua, warganet rata-rata mengambil peluang mengusik Akhyar dan Eyka yang disifatkan ‘sweet’ dan sepadan sebagai pasangan kekasih.

Terdahulu, tul4r foto Eyka bergambar dipercayai dengan keluarga Akhyar pada perlawanan akhir Liga Super antara pasukan JDT menentang Sabah FC DI Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: TikTok @akhyar19rashid, omm