“Tak Mahulah Ada Dua Anak Saja, Kalau Diizinkan Saya Mahu Ramai,” – Puteri Sarah

“Okaylah tu. Saya anggap ia satu doa dan perkara yang baik bagi mereka yang sudah berkahwin.”

Demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana ketika diusik netizen seolah-olah sedang h4mil susulan muat naik sekeping foto yang  memperlihatkan bentuk perut seperti ‘baby bump’ di Instagram, baru-baru ini.

Sudah pun menjawab d4kwaan berkenaan sebelum ini, Puteri Sarah bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik dalam kehidupannya kini.

“Untuk saya sendiri, kalau boleh tak mahulah ada dua anak sahaja. Kalau diizinkan saya mahu ramai,” katanya kepada MH.

Puteri Sarah ditemui pada majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu, yang turut menyaksikan dia dilantik sebagai wajah wakilan produk berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga menyambut komen berkenaan sebagai satu doa.

“Cuma saya tak nampak itu satu pengh1naan (bila ada yang usik nampak macam h4mil). Sebaliknya ia adalah satu doa.

“Mana tahu insyaAllah, kan (h4mil lagi). Anak pun satu rezeki. Saya okay sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi media menjelaskan dia tidak h4mil seperti diperkatakan.

Sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.

“Saya tak h4mil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.

“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi. Jadi, doakan saja yang baik-baik,” katanya.

Untuk rekod, bintang berusia 37 tahun itu berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :MediaHiburan