Lelaki berusia 24 tahun yang berkahwin dengan ibu tungg4l anak lima tidak kisah diejek rakan kerana niatnya ikhlas untuk menolong wanita berkenaan.
Mohd Azmirullah Mohd Azan yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Wan Nazihah Wan Awang, 47, mengakui pada mulanya merah siakan perkahwinan mereka daripada rakan-rakan.
“Apabila saya beritahu (mengenai perkahwinan mereka) ada yang mengejek. Tapi, saya tak kisah dan ambil hati pun sebab niat saya bukan mahu bercinta sebaliknya saya ikhlas hati nak membantu.
“Apatah lagi kesemua anaknya masih bersekolah ketika itu. Selepas kahwin, ada juga yang anggap isteri adalah mak saya kalau kami keluar bersama. Cakap depan-depan pula tu. Saya okay saja,” katanya.
Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin, isterinya banyak memberi tunjuk ajar terutama ketika berdepan orang sekeliling.
“Ini kerana ada saja yang tok sik, tetapi pekakkan telinga. Dalam kalangan kedua belah keluarga, alhamdulillah okay saja.
“Pada awal perkahwinan memang kekok, apatah lagi anak sulung sebaya saya. Anak lelaki seorang saja yang bongsu, jadi dia memang manja dengan saya.
“Ketika ayahnya mening gal dunia, dia baru berumur setahun. Tidak merasa lagi kasih sayang daripada ayah. Alhamdulillah, semua anak menghorm4ti saya dan mereka panggil papa,” katanya.
Lima anak isterinya berusia antara 24, 20, 17, 14 dan sembilan tahun.
Menurutnya, dia kini meneruskan perniagaan yang pernah diusahakan allahy4rh4m suami isterinya iaitu menjual gas.
“Menjual gas ini adalah perniagaan isteri. Selepas kem4tian suami, macam-macam perkara berlaku. Jadi, selepas berkahwin saya teruskan perniagaan ini. Saya sendiri buat kerja, bawa lori dan menaikan semula perniagaan ini.
“Sebelum ini pun saya kerja kampung juga. Tidaklah senang. Kiranya, apabila bersama isteri kami sama-sama susah dan sama-sama senang. Hampir 24 jam saya bawa isteri bersama,” katanya.
Selain meneruskan perniagaan, Mohd Azmirullah yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan melaksanakan amanat allahy4rh4m untuk menghantar semua anak ke pusat tahfiz.
“Ar wah pesan, semua anak-anak kena masuk tahfiz. Alhamdulillah, yang sulung dan nombor dua sudah tamat pengajian. Sekarang, yang ketiga dan keempat masih belajar.
“Sementara yang bongsu, Insya-Allah tahun depan. Anak sulung juga bakal berkahwin tahun depan,” katanya.
Terdahulu, kisah perkahwinan Mohd Azmirullah yang dikongsikan di TikTok menjadi tular hingga mencecah 1.7 juta tontonan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM