Diuji dengan kes4kitan akib4t batu kar4ng hingga dimasukkan ke h0sp1tal swasta untuk jalani pembed4han dengan segera, tidak sedikit pun melunturkan semangat pengarah dan pelakon, Datuk Gerald Hans Isaac, 51 untuk kekal positif.
“Saya masuk h0sp1tal jam 3 pagi (Ahad) sebab perut saya terlalu s4kit. Isu dia batu karang di dalam perut saya. Jadi saya tidak berapa tahan, memang s4kit sampai saya tak larat. Jadi saya masuk h0sp1tal di sini.
“Pembed4han pukvl enam nanti. Harap-harapnya semua ok, esok boleh balik dan sambung lagi perjuangan saya dengan pasukan saya dan parti saya,” katanya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai mana memetik laporan Sinar Harian dengan penuh semangat.
Berita mengenai kemasukan Hans ke h0sp1tal sebelum itu dimaklumkan oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Rodziah Ismail menerusi satu ciapan di Twitternya.
“Semoga Datuk Hans cepat sembuh. Berehat tau. Semangat untuk bawa Perubahan, Team Kempen PH Ampang, baik Calon, Altimet (pencadang) Datuk Hans (penyokong) dan jentera-jentera.
“Walaupun ada yang kurang sihat, kami teruskan usaha. #KitaBoleh,” ujar Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga.
Pada Sabtu lalu, pencalonan Rodziah dicadang oleh penyanyi rap popular, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau AltimetAltimet yang juga Ketua Cabang PKR dan disokong oleh Hans.
Hans sepatutnya dijadualkan untuk memberi ucapan pada acara Ceramah Umum PH di Setiawangsa pada malam Ahad bersama calon PH bagi Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan calon PH bagi Parlimen Subang, Wong Chen.
Sumber : Sinar Harian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.keluarga.my/