“Malu tengok…”- Pakaian Datuk Syafinaz di Gegar Vaganza ditegur

Semalam telah berlangsung pentas suku akhir Gegar Vaganza musim ke 9. 

Setiap minggu, antara yang menjadi perhatian ialah para juri rancangan ini yang semuanya hebat belaka iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz Selamat. 

Namun pada hari Ahad, kehadiran Syafinaz yang mesra dipanggil Tok Naz, telah mencVri banyak mata-mata yang memandangnya.

Penampilan Datuk Syafinaz Selamat di pentas suku akhir Gegar Vaganza malam tadi telah dilabel sebagai terlalu terdedah dan mencolok mata dan tak sesuai apatah lagi rancangan ini merupakan tontonan untuk seisi keluarga.

Datuk Syafinaz memakai busana yang menggunakan material kain net atau jala, sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya di beberapa kawasan badannya. 

Pemakaian Tok Naz ini membuat ramai merasakan baju sedemikian tidak bersesuaian untuk rancangan yang ditonton segenap lapisan. 

Ini antara komen dari para penonton. 

“Malu tengok bajunya. Baju yang dikenakan oleh Datuk Syafinaz di malam ini memang amat tak sesuai.” 

“Tak ada sesiapa ke yang mahu menegur baju Syafinaz itu, memang agak terdedah untuk konsert GV9 malam ini.”

Namun begitu, ramai saja yang memuji kecantikkan Datuk Syafinaz yang kini dah pun berumur 49 tahun. 

Tentang baju itu, ada mengatakan, warna baju lining atau lapisan dalam yang dipakai Syafinaz berwarna seperti warna kulit sekaligus memperlihatkan seperti itu. 

Dalam pada itu, ketika memperkenalkan juri, Nabil Ahmad sendiri terkesima dan ada bergurau tentang pemakaian Datuk Syafinaz itu. 

Antara ayat dari Nabil ialah jika sejuk boleh beritahu dan berkata semua ini dugaan buat dirinya. 

“Tok Naz kalau sejuk bagitau, saya ada baju kot lebih, ini semua menguji iman.” 

Datuk Syafinaz sememangnya dikenali sebagai individu yang sering tampil dengan fashion terkini.

VIDEO 1

@syafinazselamat.fans Matching Tok Naz & Hazrul y ❣️ #hazrulnizam #GV9 #gegarvaganza #gegarvaganza9 #bintangkembalimenyengat #juri #juritetap #datuksyafinaz #syafinazselamat #datuksyafinazselamat #nabilahmad #ellymazlein #kaklinapompom #tokram #ramlims ♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS

VIDEO 2

@syafinazselamat.fans Suku Akhir Gegar Vaganza 9 #GV9 #gegarvaganza #gegarvaganza9 #bintangkembalimenyengat #juri #juritetap #datuksyafinaz #syafinazselamat #datuksyafinazselamat #nabilahmad #ellymazlein #kaklinapompom ♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo