Dah Enam Bulan ‘Menghilang’ Di IG, Net1zen Tertanya-Tanya Apa Jadi Pada Azar Azmi

Nama pelakon berbakat Azar Azmi menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan sudah lama menyepi dan tidak lagi aktif di akaun media sosialnya. Kehilangan pelakon itu di media sosial juga telah mencetvskan pelbagai persoalan terutamanya dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku kepada pelakon itu.

Difahamkan, Azar Azmi memuat naik perkongsian terakhir di Instagram pada tarikh 6 Mei yang lalu di mana itu merupakan kali terakhir dia dilihat aktif di platform tersebut. Malah tinjauan di beberapa akaun bisnes milik pelakon itu juga mendapati tiada kemas kini yang dilakukan dan hantaran terakhir yang dimuat naik adalah pada bulan April lalu.

Hantaran terakhir yang dimuat naik oleh Azar Azmi itu pula adalah tentang bisnes yang dikendalikan oleh pelakon itu di mana dia dilihat sedang menguruskan bungkusan barang untuk dihantar kepada pelanggan. Susulan kehilangannya dari media sosial ini, rata-rata peminat turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ABOS (@azarazmi)

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa rindu terhadap pelakon itu dan mengharapkan dia kembali aktif dalam bidang lakonan. Dalam masa yang sama, ramai yang turut mendoakan Azar Azmi berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja pada masa sekarang ini.

“Lamanya menyepi. Semoga yang baik-baik saja.”

pelakon

“Rindu dengan Azar Azmi lama dah tak update. Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Please comeback.”

menyepi

Sekadar makluman, Azar Azmi sebelum ini pernah dilaporkan berkurung di rumah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pada sekitar Jun lalu. Diharapkan ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang dapat berkongsikan perkembangan terkini pelakon itu bagi menjawab soalan dari orang ramai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL