Produser dan pengarah yang pernah mendapat jolokan ‘Six Million Dollar Man’, Datuk Yusof Haslam, berpendapat rupa dan bakat harus seiring untuk mendapat tempat dalam industri perfileman.
Kata Yusof, kedua-dua elemen itu subjektif mengikut interpretasi masing-masing termasuk penonton di kaca televisyen atau layar lebar.
“Bercakap soal bakat dan sebagainya, bagi saya ia subjektif kerana semua manusia pun mahukan yang cantik. Kalau kita buat filem pun contoh filem Hindustan pun semua nak yang cantik tapi tanpa kita mengabaikan bakat.
“Sebagai pelakon dan pengarah, mata kita adalah kamera. Kita akan tengok cara pelakon itu berjalan dan bercakap. Isteri saya sendiri adalah penasihat dan penonton pula mewakili masyarakat. Jika tidak, saya akan menjadi pengarah yang syok sendiri.
“Menghasilkan filem juga ‘survival’ kerana buat filem bukannya mudah. Buat dua tiga filem bukannya semua berjaya kerana ia bagaikan satu perjvdian,” katanya.
Noor Kumalasari berlakon filem pertama Yusof Haslam
Mengimbas latarnya, Yusof berkata, dia bermula sebagai pelakon dan pengarah ketika meniti usia belasan tahun.
“Saya juga mengambil Noor Kumalasari untuk berlakon dalam filem pertama kerana terpikat dengannya yang juga seorang model yang cantik pada zaman itu.
“Bagi saya, bakat dan rupa penting untuk pemilihan pelakon. Bila isu ini diperdebatkan, saya ada menghubungi A Aida kerana saya sependapat dengannya kerana kami sama-sama bergelar produser,” katanya.
Awie, Erra Fazira, Ziana Zain berbakat
Yusof berkata, dia juga meminta pandangan isterinya yang sentiasa memberikannya motivasi untuk menghasilkan filem.
“Saya menampilkan Awie dalam filem Pemburu Bayang dan filem itu juga berjaya.
“Manakala, dalam filem Sembilu pula, pilihan pertama saya adalah Aktres Sofia Jane tetapi dia menolak tawaran terbabit kerana mahukan watak lebih mencabar. Justeru, saya mengikut cadangan isteri untuk mengambil Erra Fazira kerana dia juga Ratu Cantik ketika itu.
“Selain Awie dan Erra Fazira, saya juga mengambil Ziana Zain untuk berlakon dalam filem terbitan saya kerana dia juga berbakat,” katanya.
Artis cantik filem g4gal
Namun, kata Yusof, bukan satu jaminan dengan mengambil artis popular dan cantik, filem akan mendapat sambutan kerana ada juga filem yang gagal.
“Ada juga pelakon yang memiliki personaliti yang kurang tapi ada daya penarik seperti Seniwati Azean Irdawaty dan allahy4rh4m Nordin Ahmad yang tidak sekacak manapun.
“Justeru, saya menafikan pelakon yang kurang dari segi rupa tiada peluang dalam industri kerana pembahagian watak mengikut kesesuaian dan masing-masing ada peranan dalam menaikkan industri seni,” katanya.
Yusof tampil dalam forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor baru-baru ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak